Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Story of my Sem 1

Assalamualaikum. 

Hai eberibodaaaayyyyhhh !

Yeahh I'm back ! I'm back ! Long time no see right. 5 months I think I never update this blog. And already 5 months I went through my university life in UKM. Its quite good and really-really-really awesome (: 

So sekarang tengah cuti semester. Walaupun tak rase pun macam cuti sem sebab cuti seminggu jeh. Org lain cuti berbulan-bulan but kitorg jeh yg cuti seciput. But never mind, semua yg berlaku ade hikmahnya. Dan hikmahnya ialah tahun depan kitorg habis awal daripada asasi lain. Yayy ! Hehe

Di cuti sem ini, telah pun berazam untuk update blog dan baru hari ni berkesempatan. Dan semua ni request daripada 2 org makcik-makcik QOS yg juga 2 org blogger. Haha. They all know me before came to ASASIpintar by this blog. Haha so funny :')

So ! Lets continue ! Ape yg busy sangat sampai tak sempat nak update blog. Hmm.


Busy.
Busy.
Busy.
And busy.
Haha.
So many things I need to do in my study. Too many assignment. Too many quizzes and tutorials. Too …

Minggu Mesra Pelajar Program Asasi Pintar

Hai :)

Tengah hari tadi sudah pun tamat minggu suai kenal selama 3 hari dari hari rabu lepas. Programnya semua best2. Tapi it's not like orientasi yg ada buat group, main permainan itu ini, kena marah what so ever bla bla blaaa.

Tapi ada lah jugak kitorg main game. Tak banyak. 2 jek. First ada group. Main permainan 'telefon berkarat' - masa kursus fasi dulu pernah handle permainan ni. So ingatlah lagi nama dia. Haha. Kitorg main time ada waktu lapang. Saje habiskan masa dengan akak2 dan abang2 fasi. Tugas diorg tu je pun. Jaga kitorg time kat kolej keris mas ni. Semalam hari last diorg.

Most of the activities Permata Pintar yg uruskan. Kebanyakannya taklimat. Taklimat pasal semua benda kat UKM ni. Homesick ? Tak kott. Sebab dah biasa dah pergi camping berminggu2. Lagi jauh kat penang kauu. Insyallah tak kott. Hihi

Next week bermulanya minggu pertama pembelajaran. Dengan itu, jarang lah update blog lepas ni. Nak fokus 100% sebolehnya pada pelajaran. Personal target for the …

Bakal menjadi seorang mahasiswi UKM Bangi

Assalamualaikum.

Seperti sedia maklum sebelum ni Ira ade update entry pasal result upu yg Ira dapat melanjutkan pelajaran ke Program ASASIpintar di UKM.

Dan semalam merupakan penentu sama ada Ira pergi UKM ke tak. Sebab semalam keluar keputusan Program Khas MARA. Malangnya Ira tak dapat :'((

Sedih jugak lah. Sebab membe2 lain semua dapat. Diorg kebanyakkan pilih perakaunan. Ade yg dalam dan luar negara. Maybe course yg Ira pilih tu banyak saingan. Perubatan di Ireland. Of course lah ramai yg mintak ni kann. Dan mungkin kuota dia sikit. Yelah bukan murah2 nak belajar medic kat overseas ni.

Kalau pilih akaun hari tu insyallah dapat lah kot. Hihihi. Agaklah. Tahun ni punya pelik sikit lah. Dah lah takde interview segala. Just an IQ test. Org yg apply berpuluh2 ribu. Entah macam mane dia pilih entah. Entah2 dia pilih random jekk -.- Yelah ni bukan biasiswa pun. MARA ni pinjaman pembolehubah jekk.

Kalau JPA baru full scholarship. Nak dapat tu kena interview semua. JPA kalau dapat meman…

Keputusan Program Khas MARA 2013 keluar 20 Mei 2013

Hai !

Hari tu Ira ada post pasal keputusan Programa Khas MARA Lepasan SPM 2012 keluar 14 Mei kann ? Alahh kat entry ni.

Tup tup 14 Mei tu dia tangguh pulak. Dia tangguh 20 Mei 2013. Maknanya hari ni lah kann. Haha. So keputusannya boleh di'check' lepas jam 5 petang ya !

**UPDATED 

Di laman web ini ----> http://www.mara.gov.my/ 


http://apponline.mara.gov.my/piln/

Good luck untuk korang yg apply :) 

*klik untuk tumbesaran*
Note to self : Ya Allah ya Tuhanku ! Jika ini yang terbaik untukku, berikanlah tawaran ini kepadaku Ya Allah. Aminn yarabballalamin !
Harap-haraplah dapat :)

Keputusan upu dah keluar ! :))

Assalamualaikum :)

Okay hari ni semua tengah busy check upu kan khusus utk budak lepasan spm 2012.
So macam mane result korang ? Dapat kat mane ? Course ape ?

Kepada yg tak dpt tu jangan lah sedih sangat. Mungkin bukan rezeki korg dekat sini. Byk lagi peluang dekat luar sana.

Masuklah matrik or form 6. Then baru apply upu lagi. Don't worry tak musnah hidup korg lah tak dpt upu ni.

Alhamdulilah ira dapat first choice ira. Asasi pintar kat UKM. Hari tu ade buat ujian saringan tu.

Ramai kawan2 ira dpt kat UM, UITM, UIA. Semua dah berpisah. Never mind semua dpt u kat area kl. Outing jumpa kat pavi nanti. Haha berangan tak sudah.

Tapi kitorg still tunggu tajaan MARA. 20 Mei ni keluar result. Yg ditangguh hari tu. Hmmm

Kalau dpt MARA pegi MARA la kot. Tapi sekarang hati dah senang sikit sbb tak payah nak pegi matrik kat penang sana. Jauhh :'((

Kepada sape yg tak check upu lagi boleh lah pegi ke link ni ----> http://upu.mohe.gov.my

Tarikh keluar keputusan MARA Program Khas Lepasan SPM 2013

Assalamualaikum :)

Okay hari tu ada dengar khabar angin cakap hari ni keluar keputusan Program Khas MARA tu.

So tadi pagi dekat Facebook Post SPM 2013 menyatakan bahawa tarikh keputusan penuh telah ditangguhkan. Jadi keputusannya akan keluar pada 14 Mei 2013.

Dan tiada sebarang temuduga dijalankan selepas keputusan penuh dikeluarkan.



Haihh harap-haraplah dapat. Doakan Ira dapat ya. Ira pilih medic kat Ireland. Ni kalau dapat ni puasa sehari. Fuhhh ~

Good luck kepada sesiapa yang mohon Program Khas Lepasan SPM ni. Semua orang ada rezeki masing2. Jangan bersusah hati kalau tak dapat ya. Stay smile :)


**UPDATED :Keputusan Program Khas MARA 2013 keluar 20 Mei 2013

Siapa suka tudung bawal ? Jom tengok sini japp !

UPDATE !! ---> Sapa minat tudung bawal corak? Jom baca ni !


Assalamualaikum.

Hai ! Hari ni Ira nak share kat korang semua yang suka pakai tudung bawal macam Ira. Hihi. Korang pun mesti suka sangat online shopping kann ?

So hari ni Ira nak cerita sikit pasal Mulawa Fashion. Online shop yg jual pelbagai jenis tudung bawal. Tudung-tudungnya sangat mengikut edaran masa. Ira suka sangat design dia. Sangat cantik, simple dan semestinya MENARIKK !

Okay Ira nak kenalkan design yang MELETOP dan merupakan produk terbaru kat Mulawa Fashion ni. Antaranya :

Mulawa Bawal - Amrina

Tudung bawal ni sebenarnya tudung bawal yang ada layer. Kann sekarang trend tudung instant yang berlayer-layer sekarang ni. Sampai 3-4 layer kauu. Haha.

So siapa kata tudung bawal tak boleh ada layer. Hah Mulawa Fashion ada design tudung bawal layer yang sangat AWESOME :)

Sebelum ni pun ada yang tudung bawal layer yang jahit tengah untuk nampak macam tudung instant tu kan. Tapi Mulawa Fashion punya lain. Still sama macam…

Pengalaman buat Ujian Saringan ASASIpintar UKM

Assalamualaikum. Haii !!

Alright semalam Ira baru jeh selesai buat ujian saringan untuk program ASASIpintar UKM yang Ira ada cerita dalam entry ni hari tu.

So hari ni saje lah nak share pengalaman dengan sesiapa yang bakal ambil ujian ni untuk hari seterusnya.

Firstly, sebenarnya tak payah bawak apa2 sijil ape benda semua tu pun. Dia tak mintak pun semalam. Dia just mintak Mykad je pun. Penat jek bawak fail bagai semua. Haha

Datang2 je terus daftar dengan akak sorang ni dekat makmal komputer 1. Lepas je daftar terus naik makmal komputer 2. Terus buat ujian. Semalam pun Ira dah agak terlambat. Tapi ade je yang lagi lambat. Haha.

Kalau lambat pun takpe. Tapi mula lambat habis lambat lah. Dalam satu makmal tu boleh muat 20+ orang kot. Semalam guna 2 makmal. Atas dan bawah. Satu sesi tu memang tak ramai sangat pun. Sunyi jek kalau dah petang2.

Untuk soalan. Kita boleh pilih sama ada nak jawab dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
2 jam 30 minit. Dia ada 15 bahagian.

Contoh bahagia…

Voucher RM50 dari ZALORA :)

Assalamualaikum and haii !
Minggu lepas Ira dah pun dapat voucher RM50 daripada pihak ZALORA. Alahh ZALORA. Online shopping yang semakin popular sekarang ni. Kat tv pun ada iklannya. Mustahil lah tak pernah tengok kecuali jika anda duduk di bawah tempurung. Haha just kidding xDD
Bila dah dapat voucher tu memang rambang mata lah kan tak tau nak beli barang apa. Macam-macam benda yang zalora jual ni. Cakap je. Semua ada. Haha.
So Ira decide nak beli purse dan kasut. Lama dah pikir nak beli purse kat kedai. Tapi tak beli-beli. Dah alang-alang dapat voucher ni, apa lagi borong lah purse satu dan kasut flat sepasang.
Ira order hari Rabu minggu lepas dah nak dekat pukul 6 petang dah pun. Tup tup esok pagi dalam pukul 11 ada lori GDEX sampai. Wahaha terkejut jugak lah. Tak expect secepat ni. Ingatkan hari Jumaat dapat. Pantas sungguh perkhidmatan zalora ni :)

  Nak tau apa yang Ira beli ? Hehe ni hah kasut flat dengan purse kat bawah ni :)


Okay nak dijadikan cerita. Boleh pulak kasut yang Ira be…

Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2013/2014

Hari ni telah pun buka talian untuk semakan tawaran matrikulasi sesi 2013/2014.
Kepada yang belum check lagi. Nah pergi sini --->   http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/check.cfmhttp://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/no_lembaga.cfm

So untuk result Ira. Yupp ! I got it ! Kat penang woii ! Jauh bebeno dia campak aku. Masa mohon takde pun mintak penang. Masa mohon hari tu mintak KMJ, KMS dgn KMM rasenya. Emmm apalah nasib.
Tapi seriously memang ramai gila budak selatan dapat situ. I mean secara spesifiknya budak sekolah aku kebanyakan yg ambil aliran sains semua dapat situ. Memang buat reunion lah kat situ lepas ni.

Dan one more thing rasenya tak semua yg pergi situ. Kami semua masih menunggu tawaran lain especially UPU. Yeahh ! Kira matrik ni pilihan terakhir lah. Wahaha. Harap-haraplah dapat upu. Hopefully for Asasi Pintar tu. Aminnn :))

Semakan Tawaran ke Tingkatan 6 sesi 2013/2014

Hari ni 24 April 2013, telah dibuka untuk membuat semakan tawaran ke tingkatan 6 sesi 2013.

Sila klik link ini untuk menyemak ----> http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/



Ira dah check and ira tak dapat pun. Diorang cakap kalau tak dapat ni mungkin dapat matrik. Oh yea ?? I think so. Salah satu lah kiranya. Okay.

Esok keluar result untuk Matrikulasi pulak. Emm dapat mana entah -.-

Ujian saringan Program ASASIpintar UKM

Salam. Hai !

Okay minggu ni busy check keputusan temuduga untuk universiti yang kita mintak kat upu hari tu. Depends pada U yang kita mintak. Antara link kat bawah ni kalau nak check :

>>Universiti Malaya (UM)
>>
Univertsiti Teknologi Mara (UiTM)
>>
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
>>
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
>>
POLITEKNIK (Jabatan Pengajian Politeknik, JPP) 


Ira dah check dah UM. Tapi sayangnya tak dapat. Sebab Ira letak UM pilihan no.2. Tu sebab tak dapat kot. Sesiapa yg letak UM as pilihan pertama, berkemungkinan dapat dan berkemungkinan juga tak dapat.

Tadi petang Ira dapat SMS dari pihak UKM. Dia cakap Ira terpilih untuk buat ujian saringan. Omy bersyukur gila. Alhamdulillah :D That's my first option actually.

Bukak link dia terus print suratnya. Sekarang dah tak main dah postman2 bagai ni. Haha. Guna internet je sekarang.


Tengok tarikh kat gambar tu. 2014 ?? Haha. Typo alahai ~ Nasib baik dia tulis hari ahad. Kalau tak mem…

Gwiyomi Islamic version [Parodi]

Macam-macam versi dah gwiyomi ni. Haha. Tapi yg ni lirik dia serius comel kot. SELAMAT MENONTON !

Resepi : Durian Crepe

*credit to En. Google
Hai !

Lama dah tak update blog ni. Hari ni nak share satu resepi yg agak popular sekarang ni iaitu Durian Crepe. Yeahh !

Ira dah 2 kali dah buat benda ni. First attempt tak menjadi. Uhukkss :'(( Second attempt alhamdulillah menjadi. Hehe. Serius sedappp ! Senang pulak tu. Cuma jangan salah beli whipping cream lah. Itu kesalahan yg pernah dibuat menyebabkan 1st attempt tak menjadi :(

So jangan bercerita panjang. Straight to the point.

Bahan-bahan yang diperlukan :
250g tepung gandum100g tepung ubi3 biji telurGaram secukup rasa1 cawan santan *optional100ml air1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil pewarna kuningIsi durian *WAJIBWhipping cream