Skip to main content

Pengalaman buat Ujian Saringan ASASIpintar UKM


Assalamualaikum. Haii !!

Alright semalam Ira baru jeh selesai buat ujian saringan untuk program ASASIpintar UKM yang Ira ada cerita dalam entry ni hari tu.

So hari ni saje lah nak share pengalaman dengan sesiapa yang bakal ambil ujian ni untuk hari seterusnya.

Firstly, sebenarnya tak payah bawak apa2 sijil ape benda semua tu pun. Dia tak mintak pun semalam. Dia just mintak Mykad je pun. Penat jek bawak fail bagai semua. Haha

Datang2 je terus daftar dengan akak sorang ni dekat makmal komputer 1. Lepas je daftar terus naik makmal komputer 2. Terus buat ujian. Semalam pun Ira dah agak terlambat. Tapi ade je yang lagi lambat. Haha.

Kalau lambat pun takpe. Tapi mula lambat habis lambat lah. Dalam satu makmal tu boleh muat 20+ orang kot. Semalam guna 2 makmal. Atas dan bawah. Satu sesi tu memang tak ramai sangat pun. Sunyi jek kalau dah petang2.

Untuk soalan. Kita boleh pilih sama ada nak jawab dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
2 jam 30 minit. Dia ada 15 bahagian.

Contoh bahagian yg Ira ingat : Aritmatik, maklumat, lagi ape ek tak ingat tajuk bahagian dia. Yang penting ada soalan matematik yang mudah, pasal bahasa, pengetahuan am, dan ada banyak soalan pasal gambar.

Tu je kot rasenya pasal ujian ni. Oh ya ! Lagi satu ! Soalan ni ada yang objektif dan subjektif ya. So yang subjektif tu kena menaip lah ya. Dan ada lagi ! Anda tidak dibenarkan undur balik ke soalan sebelumnya. Pastikan betul2 yakin dengan jawapan anda, baru tekan seterusnya. Okay ?

Lastly, nak ucapkan good luck untuk korang semua. Semoga berjaya jawab setiap soalan tu ! :)
Good luck mendaki naik turun gunung nak cari pusat permata pintar tu. Hehe. Agak jauh ke dalam jugak lah masuk UKM tu.

Okay bye :)

Comments

ciern lee said…
Hai ,nak tanya sikit
awk ade siap 15bhg tak ?
IraAdila said…
@ciern lee Ya. Saya siapkan semua 15 bhgn. Ade lagi baki masa dalam 20 minit kot.
Ismah Atikah said…
Anda di tag. Wee XD http://diaryismah.blogspot.com/2013/04/the-2nd-giveaway-by-farah-arina.html
Anonymous said…
Assalamualaikum akak ,alhamdulilah saya adapat ujian saringan UKM2 ni.saya nak tanya akak soalan2 die more to general knowledge ke macamane eh ? bace blog akak ni macam best je program ni.kalau boleh nakla jugak dapat kat sini :)
Anonymous said…
Pakai baju apa?
Anonymous said…
Assalammualaikum akak,nak tanya soalan subjektif tu dia tanya apa eh?ada soalan essay tak? n kena bawak calculator ke???minta penjelasan ASAP...terima kasihh
IraAdila said…
@Anonymous Tahniah ! Yup soalan2 dia semua based on general knowledge. Dia nak test IQ kita je. Btw, good luck :)
IraAdila said…
@Anonymous Pakai baju biasa pun boleh but sopan lah. Nak selamat pakai formal hehe
IraAdila said…
@Anonymous Soalan subjektif soalan yg biasa2 je. Soalan pengetahuan am kita. Jawapan dia pun tak panjang pun. Takde essay. Calculator tak ingat kena bwk ke tak. Tp bawak jela kot. Btw, good luck !
Anonymous said…
ujian saringan in english or malay ? naad a reply ASAP . tq
Joanne said…
Ada interview selepas berjaya pass ujian ni tak? ^^
IraAdila said…
@Anonymous Ujian ni dwibahasa. Boleh pilih bahasa yg kita nak.
IraAdila said…
@Joanne Takde interview. Ujian saringan sahaja.
Sofea Sharf said…
Assalamualaikum. Akak rasa susah x soalan2 dia? Before ambil ujian tu, kena studu or bt research apa2 x?
IraAdila said…
@Sofea Sharf Ermm ade yg susah ade yg senang tapi ok jelah. Akak tak study ape2 pun dik masa pegi tu. Alhamdulillah terpilih :)
ateeka ezaty said…
assalamualaikum akak.. soalan general knowledge tu macam mana eh? based on current issue ke macam mana?
ateeka ezaty said…
assalamualaikum akak.. soalan general knowledge tu macam mana eh? based on current issue ke macam mana?
IraAdila said…
@ateeka ezaty Alamak tak ingat lah soalan dia mcm mane. Tapi kalau tak silap soalan general knowledge ni mmg yg kita boleh jawab rasenya. Sorry tak ingat. Jgn risau. InsyaAllah boleh jawab.
Anonymous said…
Macam man nk tahu kita dapat ke tak program asasi ni? Dia hantar surat or macm mana
IraAdila said…
@Anonymous Tengok kt result upu nanti la. Dah keluar kan hari ni.
Anonymous said…
bolehkah saya tahu bila keputusan Ujian Saringan UKM keluar?
Anonymous said…
Kalau xde dalam result upu tu kiranya xdapt la ek? Btw, thanks in advance.
IraAdila said…
Keputusan semua dapat melalui upu. Yes, kalau result upu kata dapat ipta selain ukm means you tak dapat la. Alright no prob :)
Burhan Basri said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Akak..macam mana nak tau ujian nie bila??
dia akan hantar surat ke apa??
IraAdila said…
@Anonymous Pihak UKM akan hantar sms cakap kita dipilih utk ujian ni and dia akan bagi link utk kita print surat kalau tak silap. Boleh baca entry yg ni ----> http://eyraofficial.blogspot.com/2013/04/ujian-saringan-program-asasipintar-ukm.html :)
Arina said…
Assalamualaikum akak, kalau la kita fail ujian ni, kiranya tak dapat tempat di UKM la? Ke ujian ni sekadar untuk profile diri students je? Saya risau nak apply UKM as first choice sebab takut tak pass ujian ni je. Takut kalau tak pass, takkan dapat mana-mana UPU hahaha. Btw thank you so much for the infos shared! Really really helpful.
IraAdila said…
@Arina Waalaikumussalam. Btw awak yg tanya soalan ni kat ask.fm kan? Takpe akak jawab kat sini jugak so orang lain tahu jugak ;)

Takpe jangan risau kalau tak lepas ujian tu. Sebab dia takkan effect pilihan lain. Tapi make sure pilihan 2nd and 3rd awak bukan yg ade interview. Sebab yg ade interview biasanya dia nak awak letak as a first choice such as UM.
Contoh soalan am tu cam mane