
##UPDATE


Sekarang ni rasenya pelajar2 lepasan SPM 2013 mesti tengah pening kepala nak mohon mane untuk UPU kan ? Kitorg batch 95 pun pernah rase benda yang sama tahun lepas. Dan Alhamdulillah rezeki kitorg kat ASASIpintar ni dan kitorg ditakdirkan bertemu dan berkenalan. Memang sangat bersyukur.
So fikirlah betul-betul adik-adikku *cehh adik hahah* Fikir
betul-betul minat ke arah mana. *cehh cakap orang, diri sendiri confuse nak
ambek ape degree nanti -.-*
Okay-okay. Tak tau nak bagi nasihat ape. Tapi kalau nak mohon
MARA nanti, kalau yang minat nak masuk medic tu dan result taklah straight A+,
dinasihatkan jangan ambek tetinggi sangat macam Medic Ireland ke. Harapan lah
weyh nak dapat. Sekarang ni tak banyak dah organisasi nak taja untuk medic ni
sebab mahal sangat lagi-lagi oversea. So kalau nak mohon medic tu, mohon lah
medic dalam negara ke. InsyaAllah kalau ade rezeki dapatlah. Ni semua belajar
dari pengalaman yang lepas.
Untuk UPU ni, depend la korang nak pilih IPTA mana. Semuanya
bagus-bagus. Kat blog ni mungkin banyak info pasal ASASIpintar jeh. Yang lain
boleh google lah kot. Sekarang kan semua di hujung jari hahah.
Kalau nak tahu kehidupan kami sebagai pelajar ASASIpintar ni boleh lah baca entry-entry ni --> KLIK SINI
Okay. Nak terangkan serba sedikit pasal ASASIpintar ni. Secara jujurnya, ASASIpintar ni memang pilih yang result top-top sebenarnya. Memandangkan ramai bijak pandai sekarang ni. Ramai yang straight As. So mengikut pengalaman batch kitorg, semua yang ade kat asasi ni semua yang dapat result antara A+ dan A sahaja. Kalau ade A- pun kalau tak silap rasenya untuk Bahasa Cina. Sorry kalau salah :'(
Jadi memang kalau masuk sini expectation dari pensyarah-pensyarah dan semua orang sangat besar. Yelah nama pun 'pintar' -.-
#UPDATE Jumlah pelajar yg dipilih masa batch ktorg adalah lebih kurang 100 org. Tapi masa batch kitorg hari tu, yang datang 60++ kalau tak silap. But lama kelamaan sampai sekarang tinggal 41 orang jeh :( Semua keluar sebab dapat tawaran lain.
But kalau tak silap batch baru ni pihak PERMATApintar dah select ramai about 500++ students and dia dah buat beberapa aliran macam sains tulen and sains kemanusian i think. Info dari junior. Sorry kalau silap :(
#UPDATE Jumlah pelajar yg dipilih masa batch ktorg adalah lebih kurang 100 org. Tapi masa batch kitorg hari tu, yang datang 60++ kalau tak silap. But lama kelamaan sampai sekarang tinggal 41 orang jeh :( Semua keluar sebab dapat tawaran lain.
But kalau tak silap batch baru ni pihak PERMATApintar dah select ramai about 500++ students and dia dah buat beberapa aliran macam sains tulen and sains kemanusian i think. Info dari junior. Sorry kalau silap :(
UJIAN SARINGAN:
Lepas dah pilih ASASIpintar kat UPU. Nanti nama yang disenarai pendek akan dipanggil untuk buat ujian saringan which is UKM2. Jangan takut. Ni ujian IQ je pun. Nak tengok IQ kita tahap mana. Dan budak-budak IQ tinggi ni lah yang dia akan pilih. So untuk info lanjut pasal ujian ni boleh refer entry ni ----> Ujian Saringan ASASIpintar UKM
ELAUN:
Next, masuk asasi ni sama jeh macam asasi-asasi lain mahupun matrik akan ditanggung oleh KPT dan semestinya dapat elaun setiap sem. Dan jangan nak expect tinggi sangat untuk elaun tu ya. Sem 1 okay lagi. Sem 2 hmm --' semua gara-gara kena tolak yuran bagai semua haih
SUBJEK:
Untuk subjek pulak agak tough di sini. So jangan sesekali membandingkan result asasi ni dengan asasi lain mahupun matrik. Lain okay lain.
Kat sini untuk Sem 1, kitorg kena amek 8 subjek/kursus. Antaranya:
- Biology I*
- Chemistry I*
- Physics I*
- Logical Reasoning*
- Statistics*
- Research Skills
- Kursus Pembangunan Jati Diri Kebangsaan
- Language and Literature*
Untuk Sem 2:
- Biology II*
- Chemistry II*
- Physics II*
- Vector Calculus*
- Critical Analysis
- Kursus Kepimpinan dan Membuat Keputusan
- Research Project
*subjek yang masuk exam (bertulis). Yang lain semua penilaian bukan bertulis (tak tau nak terang macam mane -.-)
So camne ? Agak-agak boleh bawak tak ? Hahah InsyaAllah dah masuk sini, semuanya boleh. Dari malas jadi rajin. Hahah
RESEARCH PROJECT:
Kelebihan masuk sini ialah korang akan didedahkan untuk membuat research. Apa itu research ? Hah research ni korang akan buat kajian tentang sesuatu perkara. Research ni biasanya final year degree baru orang buat actually dan semestinya masa buat Master dan PHD. Tapi bayangkanlah masa asasi korang akan didedahkan ermmm ..
Memang agak advance lah kan. Kalau degree, student semua akan dapat tajuk masing-masing tapi tidak untuk ASASIpintar. Kitorg kena pilih sendiri tajuk research kitorg dengan bimbingan lecturer2 semua. Ni semua sebab mereka nak melatih kitorg menjadi nobel laureatte.
Memang agak advance lah kan. Kalau degree, student semua akan dapat tajuk masing-masing tapi tidak untuk ASASIpintar. Kitorg kena pilih sendiri tajuk research kitorg dengan bimbingan lecturer2 semua. Ni semua sebab mereka nak melatih kitorg menjadi nobel laureatte.
Ni lah kelebihannya daripada matrik dan IPTA lain. Korang akan ade sorang mentor yang terdiri daripada tokoh-tokoh hebat dalam sesuatu bidang tu. Untuk Sem 1, kitorg telah didedahkan dengan research skills dan masa Sem 1 ni lah kitorg siapkan research proposal. Dan di akhir Sem 1 kena present proposal kitorg.
Masa Sem 2 ni lah kena bertungkus-lumus jalankan research ni. Memang kena manage masa betul-betul. Kitorg diberi time frame untuk conduct research ni. So kena ikut lah kalau tak nak kelam kabut nanti. Awal bulan April ni kitorg kena submit report kitorg dan kena buat presentation. Huhh cuakk.
PENGINAPAN:
Untuk penginapan, batch kitorg ni kitorg kena tinggal kat Kolej Keris Mas (KKM) which is luar dari PERMATApintar. Kelebihan duduk luar ni kitorg tak lah dijaga rapi seperti sekolah asrama. We got university life here. Hoho XD So kitorg kena berdikari banyak kat sini.
Bas khas akan jemput kitorg setiap pagi bila ade kelas dan ambek pada petang hari. Tu jeh 2 kali trip yang ade. Pukul 7.30 pagi dan pukul 6 petang. Kalau habis kelas awal dan malas nak tunggu bas pukul 6, memang jalan kaki lah ape lagi. Jauh jugak lah dalam 20-30 minit jalan kaki. Tapi kalau dah selalu tu memang rase dekat jeh sebenarnya hahah.
Benefit duduk luar ni kitorg boleh balik rumah setiap minggu heh. Suka hati kau lah nak balik bila pun. Yang penting datang kelas. Yang tak bestnya, pepagi kalau kau dah terbangun lambat tu, selamat tinggal lah woi. Kena tinggal bas lah jawabnya. Nak tak nak korg kena menapak mendaki naik PERMATApintar sana. Kalau duduk kat PERMATA, kelas pukul 8.30, pukul 8.15 baru bangun agaknya. Hah kau teruk beno tu. Hahah.
JANGKA MASA:
Okay asasi ni kitorg akan habis awal daripada matrik dan asasi lain. Kalau tak silap lah. Satu sem untuk 6 bulan. Seperti biasa dia akan start dalam akhir bulan May. Dan kitorg akan habis asasi ni dalam awal bulan April. So agak cepat berbanding yang lain kot.
Dan jangan heran lah kalau korg punye cuti sem nanti seminggu jeh. Ya SEMINGGU jeh -.- Sedih kan. Tapi ni yang dikatakan "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" hahaha. Tapi sebelum final still ade study week. Jangan risau.
PELUANG LEPAS ASASI:
Cerita pasal peluang korang lepas keluar asasi ni. Actually secara jujurnya, kelulusan asasi ni hanya untuk UKM SAHAJA. Ya UKM sahaja. Tapi hari tu dengar ura-ura UTM pun boleh. Tapi tak pasti sangat.
Sememangnya lepasan ASASIpintar hanya untuk UKM sahaja melainkan kalau korang mohon biasiswa seperti Biasiswa Khazanah. Macam batch kitorg ni, ada beberapa orang daripada kami ditawarkan biasiswa ni dan ade yang akan sambung kat luar dari UKM depend pada pilihan diorang. So tak yah takut lah kalau masuk sini dah takde peluang nak ke tempat lain. InsyaAllah kalau ada rezeki.
Benefitnya, korang dah confirm-confirm ada tempat kat UKM ni untuk further degree nanti cuma kena fight untuk fakulti lah pulak. Kalau nak ambek medic tu memang dah tentu2 saingan sangat banyak. Tapi rasenya kalau result teruk pun, agak susah lah nak dapat tempat kat UKM. Paling-paling result kena 3.5 and above. So bila habis asasi ni korang dah tak yah nak mohon UPU balik sebab UKM dah ada sistem dia sendiri untuk lepasan ASASIpintar. Korang just pilih course jeh.
Oh ya one more thing ! Kelulusan ASASIpintar ni untuk SEMUA fakulti di UKM kecuali Fakulti Pengajian Islam. Lagi satu keistimewaan masuk sini, korang akan dapat pendekkan jangka masa degree korang but depend pada course jugak lah. Dan mungkin dalam masa 3 tahun korang dah dapat Master. Sebab tu subjek kat asasi ni agak tough sebab dia cover untuk first year degree kalau tak silap. Tapi tapi .. untuk medic ermm macam tak kot. Medic agak susah sikit. Kalau yang lain InsyaAllah boleh.
------------------------------------------------------
Alright rasenya tu jeh kot info pasal ASASIpintar ni. Tak tau nak cerita ape lagi. So harap lah korang dapat bayangkan situasi kami sekarang haha. Harap info ni membantu korang memilih ke mana hala tuju korang. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh lah drop komen kat entry ni. InsyaAllah akan sedia membantu :)
Okay bye dan good luck untuk semua !
Comments
*harap kenal siapa diriku . peace no war !
*harap kenal siapa diriku . peace no war !
P.S. Saya anonymous pada April 15, 2014 at 2.22 PM
terima kasih byk2 sebab sudi ceritakan macam2 pasal asasipintar UKM ni :) nasib baik nadia jumpa blog akak, dapatlah tahu serba sedikit pasal asasi ni. :) terima kasih banyak2 akak :D
nadia baru je lepas buat ujian saringan asasipintar ni. boleh tahan ya soalan2 dia akak T.T nadia masa jawab tu, memang tawakkal jelah. T.T nadia harap2 sangat dapat masuk asasipintar ni, In Shaa Allah, Amin :')
akak, goodluck utk degree akak nanti, nadia doakan akak berjaya :D In Shaa Allah, Aminn :') terima kasih byk2, for everything! <3
akak ade ke mohon biasiaswa lain mase masuk program asasi pintar tu?
biasiswa kpt tu cukup ke kak kalua saya langsung tak mohon mane2 biasiswa? tq.
"dalam Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA & Politeknik Premier saya dapat P0050 - ASASI SAINS PERTANIAN UPM - UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA tapi apabila saya semak SURAT TAWARAN BANTUAN ASASI IPTA : https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi/ TAHNIAH! ANDA BERJAYA DITAWARKAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ASASI IPTA Institusi : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) Program : K0001-ASASIPINTAR " but I don't really understand :(
hee . makasih kak .
hee . makasih kak .
hee . makasih kak .
Jika nak ambil Medic in UKM,apakah minumum gred bagi CGPA tu?Kena interview kah?
banyak orang dari asasi ni dapat medic di UKM kah? Itu oversea punya selepas tamat asasi ialah kita cari sendiri atau UKM akan beritahu kita cara untuk memohon?
dan asasi ini also counted as foundatoin macam foundation in science kan bagi memohon scholarship lain?
Penaakulan mantik tu dlm english dia logical reasoning. Ni mcm ala2 math modern. Tp logical reasoning nya ade la dlm 1-2 bab awal. Bab selebihnya belajar pasal calculus. More on differentiation dgn integration. Haa yg ni baru add math.
Utk scholar tu scholar yg mane ya? Mase asasi or degree? Masa asasi mmg kementerian tanggung. Kalau utk degree ni sebenarnya secara tak langsung dpt mara. Haha
2. In case, saya nak rujuk lecturer nanti, boleh ke pergi jumpa dorang? Anytime je boleh jumpa ke? And saya tengok kolej kediaman nanti, kat Kolej Keris Mas which is very far from permata pintar, so how are we going to meet the lecturers?
TQ for ur kind help!
Cgpa tu tak sure la. Basically dia akan bagi tmpt kat ukm jugak rasenya but dia akan bagi course sesuai dgn cgpa la. So kalau nk apply course based on our cgpa la.
1. Hmm mmg setahu akak masa batch akak takde bku rujukan specific. Kalau biology je nnti ade lecturer bagi buku guide. Yg lain basically lecturer akan bagi bahan. Macam chemistry lecturer ktorg ade sarankan beli satu buku ni. Tu pun beli drpd lecturer. Tapi ni semua masa batch ktorg la. Tak tau la masih mcm ni lagi ke tak. It depends on the lecturers.
2. Oh korg duduk kolej keris mas ke nanti. Haha ktorg pun duduk situ dulu. Sebenarnya ktorg dah banyak kali dah jalan kaki pergi balik permata. Kalau dah selalu, its not too far actually. Basically korg boleh je jumpa lecturer bila2 time pergi permata. Kalau hari cuti ke or urgent sangat nak tanye soalan. Email je lecturer. Dah masuk uni ni, email adalah medium yg paling mudah nak contact dgn lecturer. Awal2 perkenalan dgn lecturer, lecturer mesti akan bagi email or no tel dia. So anything, boleh je contact diorg :)
? Is ukm recognised in world wide?
Yang syarat kemasukan degree tu utk lepasan asasi pintar rasenya lecturer ade bagi. Takde ea? Mungkin boleh check kat web UKM. Sorry tak ingat yang ni. Dia mmg lain sikit utk syarat lepas bagi asasi pintar dgn asasi or matrik lain. Nanti diorg akan kira sendiri bnda tu. Dan kena take note UKM ade kuota dia sndiri utk lepasan asasi pintar utk sesuatu course tu. So mcm nak masuk medic ke, dia ade kuota dia berapa asasi pintar dia amek.
Hmm.. yang pointer tu tak ingat la berapa. Tapi setakat ni macam takde lagi yang kena buang UKM. Paling kurang pun diorang bagi course yang biasa2 skit. Tgok pada pilihan course korg ape. Korang kena pilih based on result la.
Hahaha pasal interview ke XD Setiap fakulti lain soalan dia. Tapi basically kena tau la pasal UKM tu sendiri. Bila ditubuhkan, bila fakulti tu ditubuhkan. And basci2 pasal UKM. Then, nanti dia ade tanye pasal course yang awak nk amek tu. And maybe dia akan bagi situasi kat awak berkaitan course awak. And one more thing, pasal diri awak, kelebihan semua heee :)
Harap K.Ira blh balas dekat saya punya yahoo mail, sebab saya takut terlupa,, - ayunie_good@yahoo.com
A- tu physics & bio...
@IraAdila: Maafkan saya kalau saya mengganggu akak dlm bab tolong menolong adik2 for their new experience in aspi just trying to be helpful :) *fly away*
Tq veryuch
@AnswerMePlease: Mengenai tentang medic di ukm adik mesti dpt pointer yg tggi like since my last batch die nk pointer 3.8 (like what? o.o) but kalo adik mmg asal asasipintar and nk ambik course medic di ukm maybe die akan mengutamakan adik sbb adik da mmg under ukm so don't worry and just wat btol2 dlm asasipintar.. :) kalo x lepas pointer tu... mmg kne ambik course lain so sorry about that
But dont worry kalau dpt medic UKM mcm lepasan batch akak automatically jpa tanggung. Tapi serius jgn risau pasal biasiswa. Byk je biasiswa yg awk boleh mohon. Mcm yayasan khazanah, mara, jpa. Basically, kalau awak dh dpt tmpt kt degree ukm, mmg sebenarnya senang je nk dpt biasiswa. JPA la yg biasa tanggung. Tp ni akan apply bila awak dh dpt tmpt kt uni tu.
Kena sentiasa alert la dgn tarikh dateline biasiswa2 tu. Tp dulu masa batch akak kt asasi pintar, mmg ktorg akan selalu di remind kan utk mcm2 biasiswa.
** haa hamek kau panjang berjela hakaks terangkan hahah XD
After completing ASASI, how many choices you can do? And Do we will get the course we request or it's up to them to give any course? Kindly advise
tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2017'.Sebab saya lahir 18.2.1999 jadi bila 31 dec 2016 mmg dh 18 la.So saya x leh mohon ke