Skip to main content

Ujian saringan Program ASASIpintar UKM





Salam. Hai !

Okay minggu ni busy check keputusan temuduga untuk universiti yang kita mintak kat upu hari tu. Depends pada U yang kita mintak. Antara link kat bawah ni kalau nak check :

>> Universiti Malaya (UM)
>>
Univertsiti Teknologi Mara (UiTM)
>>
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
>>
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
>>
POLITEKNIK (Jabatan Pengajian Politeknik, JPP) 


Ira dah check dah UM. Tapi sayangnya tak dapat. Sebab Ira letak UM pilihan no.2. Tu sebab tak dapat kot. Sesiapa yg letak UM as pilihan pertama, berkemungkinan dapat dan berkemungkinan juga tak dapat.

Tadi petang Ira dapat SMS dari pihak UKM. Dia cakap Ira terpilih untuk buat ujian saringan. Omy bersyukur gila. Alhamdulillah :D That's my first option actually.

Bukak link dia terus print suratnya. Sekarang dah tak main dah postman2 bagai ni. Haha. Guna internet je sekarang.


Tengok tarikh kat gambar tu. 2014 ?? Haha. Typo alahai ~ Nasib baik dia tulis hari ahad. Kalau tak memang tahun depan jelah datang. Hihi.

So ujian saringan ni actually macam IQ test kot. Nasib dah ade pengalaman jawab time interview MARA hari tu. Tadi ada hantar emel tanya dekat dia ujian dia macam mana. And dia jawab macam ni :


2 jam 40 minit ?? Huhh lamanya. Cehh hari tu masa MARA sejam je kot. Tapi kena jawab 100 soalan objektif + 1 essay. Nak pegi mane ? -.- Kelam kabut kau nak jawab. Haha

So harap-haraplah boleh jawab semua soalan tu dan harap terpilih masuk ke UKM tu nanti. Aminnn :)



Comments

Nana Liena said…
fuh..nasib baik baca sini..hehe..
IraAdila said…
@Nana Liena Kenapa ? Amek ujian ni jugak ke ? Hihi
Anonymous said…
so,mcm mana test td.ok x?
Anonymous said…
okay. so you have done with your test. i will sit up for this kind of test on tues, so can you share your experiences, not much maybe a little bit for sharing. like how kind of question? easy or complicated? how many quest? need your respond asap. thankyou. :)
IraAdila said…
@Anonymous Alright actually the question not really difficult. It have 15 part. Each part have a few questions. Have objective and subjective. You can choose your language (BM/BI). Ermm every part contain a basic of math, logical, bahasa, pictures and else. So good luck for your test ! :)
Anonymous said…
Haii . bila boleh cek samada kita lulus ke tak ujian yang kita dah buat ni ? ada kawan sy tanya orang yang jaga time kita test haritu, katanya boleh cek 6mei kat website ukm. tapi bila sy bukak tak tahu nak cari kat mana nak cek tu. sape2 tahu?
IraAdila said…
@Anonymous Haii. Sorry lambat :'(( Rasenya hari tu org tu ckp lepas 6 mei kott. Then rasenya result tu termasuk dlm upu kot. Entahlah. Saya pun tak pasti.
Anonymous said…
hai, dah check upu? ade tak dpt tawaran asasi pintsr?
IraAdila said…
@Anonymous alhamdulillah dpt asasi pintar ni :')
Khairiyah Chew said…
thanks akak coz shared this useful information for the others especially me who wanted to apply upu for this year... akak, soalan2 yg dia bagi berkaitan ke dengan apa yg kita belajar kat skolah dulu?? kene study ke??
IraAdila said…
@Khairiyah Chew Oh haha no problem ! Pasal soalan tu takyah study kot sbb semua soalan berkaitan IQ kita. Akak dulu pun tak study pun. Soalan dia semua basic sains, sejarah, math and so on. InsyaAllah boleh jawab punye :) Good luck !
Anonymous said…
salam, akak.. yang masuk asasi pintar ni semua straight As ke? hm takut pula nak mintak
IraAdila said…
@Anonymous Yupp. Semua mmg straight As. Ermm akak pun tak tau la mcm mane dia pilih. Tp insyaAllah kalau ade rezeki dpt lah. Don't worry ;)
Risha Nabila said…
Salam.. akak.. mksdnye, klau kite plih bi, semua soalan dlam bi laa, trmsok general knowledge question?? Jwab akak plizz..
Anonymous said…
kak, last time pihak ukm ada bagitau course yang ditawarkan kpd kak untuk degree tak masa ukm bagitau kak berjaya dipilih masuk ukm untuk asasi pintar?
IraAdila said…
@Risha Nabila Yup. Once kita pilih bi, bi lah sampai habis.
IraAdila said…
@Anonymous Takde dik. Degree nanti kena mohon course yg kita nak under ukm tak payah apply through upu lagi.
Anonymous said…
Assalamualaikum kak. Soalan sejarah, sains dan mathematics tu basic ke or yg kita belajar kat sekolah? sejarah tu meluas or mcm mana ye? thanks :)
IraAdila said…
@Anonymous Yup yg basic. Yg supposedly kita kena tau. Sejarah tak silap pasal negara kita je.
Akak , asasi pintar ni boleh apply ke overseas ke after habis asasi ? Peluangnya tinggi tak ?
IraAdila said…
@puteri intan zulaikha Syed Mahadzir Overseas yg akak tau kena mohon biasiswa lain la macam under Yayasan Khazanah ke. But it's really hard to get.
Anonymous said…
Hai . Saye dapat mesej drpd ukm mnyatakan sye layak untuk jalani ujian program asasi pintar . Tetapi apabila sye buka laman webnye , PERMOHONAN ANDA DITOLAK . Macam mane ye ? Huhuhu
IraAdila said…
@Anonymous : Hai. Oh macam tu pulak. Hmm.. maybe ada kesilapan teknikal kot. Maybe boleh call pihak asasi pintar sendiri beritahu pasal masalah ni.
salam. akak jawab dakam bahasa ape ye....ada advantage ke klau amik BI??
IraAdila said…
@anisah hani abdul kudus : Wasalam. Alamak akak tak ingat la akak jawab dalam bahasa ape haha. Maybe ade pilihan BM or BI tak silap. Maaf tak ingat. Tapi takde ape2 advantage pun rasanya kalau jawab dlm BI.