Skip to main content

Resepi : Durian Crepe

*credit to En. Google

Hai !

Lama dah tak update blog ni. Hari ni nak share satu resepi yg agak popular sekarang ni iaitu Durian Crepe. Yeahh !

Ira dah 2 kali dah buat benda ni. First attempt tak menjadi. Uhukkss :'(( Second attempt alhamdulillah menjadi. Hehe. Serius sedappp ! Senang pulak tu. Cuma jangan salah beli whipping cream lah. Itu kesalahan yg pernah dibuat menyebabkan 1st attempt tak menjadi :(

So jangan bercerita panjang. Straight to the point.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 250g tepung gandum
  • 100g tepung ubi
  • 3 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan santan *optional
  • 100ml air
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • Isi durian *WAJIB
  • Whipping cream

 
 **Note : Untuk whipping cream, pastikan beli yg beku punya. Ira guna macam yg kat atas ni. 
Untunglah orang kedai tu cakap guna yg ni. Kalau tak salah beli lagi -.-

Cara-cara buat kulit crepe ni:
**Boleh guna mixer ataupun blender pun boleh.
  1. Masukkan tepung gandum, tepung sagu, air, santan dan blend kan.
  2. Lepas tu, masukkan pula telur, garam, esen vanilla dan pewarna kuning. Blend lagi.
  3. Lepas blend, nak tapis pun boleh tak nak pun takpe. Hihi
  4. Sediakan pan atau kuali dan panaskannya. Sapu minyak sikit.
  5. Pastikan api sentiasa kecik jeh. Jangan besar nanti hangus pengus tahu -.-
  6. Tuangkan adunan tu tadi ke atas pan anda menggunakan senduk. Alah macam buat lempeng ataupun pancake. Sama jeh. *AMARAN: Jangan sesekali terbalikkannya. Biar bawah jeh yg masak. Yang bahagian atas tunggu sampai kering.
  7. Jika bahagian atas dah kering, bolehlah diangkat dan buatlah kepingan yg seterusnya.
  8. Pastikan lapik dengan plastik antara kepingan crepe tu. Nanti dia melekat.
Cara-cara buat filling:
Lenyekkan jeh isi durian yg telah dibuang bijinya. Kalau nak kasik halus sikit, blend la sikit guna mixer pun boleh.

Untuk whipping cream:
Blend jeh whipping cream ni ataupun guna mixer. Blend sampai jadi gebu. Bila terbalikkan, dia tak jatuh. Sukatan ikutlah berapa banyak kulit crepenya. Kalau ikut resepi ni, whipping cream guna 1/4 je kot daripada kotak ni. Nanti cream nya akan naik.

Cara nak bungkus crepe:
Tengok gambar kat bawah ni. Tak tau nak terangkan macam mane -.-
*credit to En. Google

So nanti dapatlah hasil begini :

 

 Ni lah hasil durian crepe Chef Ira. Haha lulzz xDD


 SELAMAT MENCUBA !! :)

Comments