Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: Minggu Mesra Pelajar Program Asasi Pintar

May 31, 2013

Minggu Mesra Pelajar Program Asasi Pintar

Hai :)

Tengah hari tadi sudah pun tamat minggu suai kenal selama 3 hari dari hari rabu lepas. Programnya semua best2. Tapi it's not like orientasi yg ada buat group, main permainan itu ini, kena marah what so ever bla bla blaaa.

Tapi ada lah jugak kitorg main game. Tak banyak. 2 jek. First ada group. Main permainan 'telefon berkarat' - masa kursus fasi dulu pernah handle permainan ni. So ingatlah lagi nama dia. Haha. Kitorg main time ada waktu lapang. Saje habiskan masa dengan akak2 dan abang2 fasi. Tugas diorg tu je pun. Jaga kitorg time kat kolej keris mas ni. Semalam hari last diorg.

Most of the activities Permata Pintar yg uruskan. Kebanyakannya taklimat. Taklimat pasal semua benda kat UKM ni. Homesick ? Tak kott. Sebab dah biasa dah pergi camping berminggu2. Lagi jauh kat penang kauu. Insyallah tak kott. Hihi

Next week bermulanya minggu pertama pembelajaran. Dengan itu, jarang lah update blog lepas ni. Nak fokus 100% sebolehnya pada pelajaran. Personal target for the first sem is exactly 4 flat. Yeahh ! Tak nak main2. Sebab sem 1 mmg boleh effect utk result kesuluruhan.

Ditambah pula, asasi pintar ni agak complicated sikit pasal byk perkara. Antaranya, subjeknya byk sikit daripada asasi lain or matrik. And kitorg akan belajar buat research dan akan buat sendiri research tu di sem 2. Biasanya research time degree pun takde buat rasanya. Master baru ada. So kitorg special sikit. Memandangkan asasi "PINTAR" lah katakan ~~ Okay I hate this :(

Entah pintar mana aku ni pun tak tau lah. And one more thing. UKM menawarkan 100 tempat tak silap. Tapi yg datang daftar hari tu just 48 orang. 22 lelaki. 36 perempuan. Tapi ni ramai lagi yg dah keluar lepas result JPA keluar. Yg dapat tu semua pergi kot. Tinggal terkontang-kanting lagi bape orang.

Okay lah itu jepp. Malas nak upload gambar. Terima lah entri ala-ala cerpen ni. Kahkah

Bye ~


Terima kasih daun keladi :)

8 comments:

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

wah seronoknya dia...

IraAdila said... Reply To This Comment

@Farah Waheda Wahid Haha biasa2 jekk :)

Anonymous said... Reply To This Comment

hai... seronok x belajar asasi pintar??
kolam n padang dah siap blum?
haha

IraAdila said... Reply To This Comment

@AnonymousSeronok sangat ! Belum siap lagi T.T

~Woon~ said... Reply To This Comment

Ira cepat update blog..hehe :)

IraAdila said... Reply To This Comment

@~Woon~ Okay lee lee ! Wait ea. Haha

Belinda Lee said... Reply To This Comment

Hi saya Belinda dari Negeri Sembilan, bolehkah saya dapatkan emel atau facebook kak kerana saya inging tanya lebih dalam tentang program asasi pintar ini...saya sedanf memilih antara matrikulasi dan asasi pintar harap kak boleh bagi saya sedikit nasihat terima kasih banyak banyak

IraAdila said... Reply To This Comment

@Belinda Lee Belinda Lee right ? I think I've accepted your friend request. We can chat at fb then :)