Skip to main content

Great friends are hard to find, difficult to leave, impossible to forget

Hari ni genap 12 hari habisnya asasi. Perkara yang tidak pernah ku sangka sebelum masuk ke sini iaitu mempunyai persahabatan yang akrab sedangkan tidak sampai setahun bersua muka, bergelak ketawa. 

Ni lah anugerah Allah yang sangat besar bagi aku bila diri ini didatangi sekumpulan pelajar yang cukup hebat dan datang daripada pelbagai negeri dan pelbagai jenis latar belakang keluarga. Banyak yang aku belajar dari mereka semua. Dan banyak perubahan berlaku dalam diri masing-masing sejak masuk ke sini.

Pertemuan kami bermula di kelas 1. *kalau tak silap -.-*
Nampak di riak wajah masing-masing yang mahu menyesuaikan diri dengan suasana baru, dalam kelas baru, dengan rakan-rakan baru. Pada mulanya, AP101 ini dipenuhi dengan 16 orang. Namun selepas seminggu, hanya tinggal 14 orang yang masih setia mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar ASASIpintar. Quiet On Set (QOS) diberi nama semasa sesi penggambaran kami untuk subjek Jati Diri. Dan nama ini dicetuskan oleh salah seorang daripada kami iaitu Areen hehe. Orang yg selalu jerit Quiet On Set setiap kali kami ingin shoot babak-babak kami. Dan dengan itulah tercetusnya nama ini sebagai nama kelas kami. 

My first impression towards this class obviously terpikir yang diorang ni semua mesti genius tahap dewa gituu haha. Dengan melihat raut wajah masing-masing pada mulanya ade yang ala-ala Einstein, E. Rutherford, John Dalton semua hahaha. Dan kelas kami merupakan kelas yang paling senyap sunyi bak kata pensyarah-pensyarah semua. Budak lelakinya semua sangatlah pendiam pada mulanya. Rase macam diorg tak wujud pun hado haha. Perempuan dan lelaki seperti ada tembok besar yang memisahkan kami. Namun, salah seorang daripada mereka telah pun menjadi orang tengah yang menyampaikan maklumat antara perempuan dan lelaki iaitu Syazwi. Haha mesti kau tak hingat ni. 

Tidak terlintas difikiran kami yang hubungan kami akan menjadi akrab seperti sekarang. Semuanya disebabkan segala aktiviti dan assignment yang memerlukan kami untuk bekerjasama antara satu sama lain. Dan antara pengaruh besar yang mencetuskan keakraban kami iaitu semasa project untuk jati diri. Kami ditugaskan untuk membentangkan sebuah video dan kami mengambil keputusan untuk membuat sebuah 'short film'. Di saat ini lah mulanya pertunjukan bakat-bakat lakonan haha. 

Dan lagi satu project besar yang telah mencetuskan persahabatan ini iaitu creative project bagi subjek Literature and Language Appreciation. Kami telah diberi tugas untuk membuat sebuah filem berkaitan apa yang kami telah belajar dalam subjek ini. Daripada pengalaman pertama kami membuat penggambaran untuk jati diri, sedikit sebanyak ianya membantu kami membuat penggambaran untuk creative project ini. Ini merupakan pengalaman yang paling berharga kerana dapat menghasilkan sebuah filem sendiri bersama-sama mereka. Dan sampai sekarang aku masih merasakan yang aku lebih selesa untuk bekerja dengan QOS. 

Dan ada satu trend kat kelas ni. Trend prank birthday orang khususnya ahli QOS. Memang setiap orang akan kena prank masing-masing. Sampai orang-orang yang terakhir sambut birthday boleh expect surprise tu haha. Rancang punye rancang last2 kantoi -.- Rasenya banyak yang kantoi hahah

Cerita pasal discuss. Kitorg kalau nak discuss ape-ape memang kena beriya-iya kalau boleh nak bicang atas meja bulat haha. Semua benda yang kitorg nak buat, mesti akan bincang secara terperinci. Lagi-lagi dengan kehadiran seorang yang agak perfectionist iaitu Tan Ze Song. Haha sorry tan :PP

Disaat kami sedang mengejar kejayaan 14 orang, dapat satu berita yang agak menyedihkan dimana salah seorang daripada kami, Ilyana akan keluar daripada asasi kerana menerima tawaran untuk belajar di China. Pada mulanya agak sukar untuk kami menerima kenyataan bahawa 13 orang sahaja yang tinggal. Namun kami terpaksa teruskan perjuangan kami di sini.  

Berakhirnya Sem 1, kami dikejutkan lagi dengan berita yang mengatakan kami tidak lagi sekelas pada sem 2. Kelas dirombak semula. Daripada 3 kelas menjadi 2. Berita yang paling menyedihkan pada saat itu. Namun aku percaya semuanya ada hikmah. Dan sekarang aku dah nampak apa hikmahnya, iaitu kami semua lebih akrab dengan rakan-rakan yang lain which is Eximius. Tiada lagi semangat asabiyyah antara kelas. Now, we have a big family, 41 people. However, our friendship still on like usual. We still contact each other by our whatsapp group. And until now, this second, this group still functioning. I'm feel grateful. Hopefully, it will functioning until whatsapp itself not function anymore haha.

Walaupun kami tidak sekelas lagi, namun kami telah pun berjaya mengadakan gathering QOS pada waktu lapang. Dan gathering ni tak akan sah kalau takde makanan hahaha, biasalah kitorg memang suka melantak, lagi-lagi yang lelaki hahah.

So now, I want to introduce them, one by one.


Alright. First and foremost, this is WEE SOO YEN. Si kecik molek. Dia lah satu-satunya Chinese yang asal dari Kelate. Kalau dah asal kelate, confirm2 la geti kecek kelate. Dan bahasa melayunya pun sangat2 lah fasih. Seorang blogger jugak. Boleh la usha-usha blog dia ni hihi ---> DREAMCHASE by Yen :)

First time jumpa orang yang se-baik dan se-caring ni. Baik yang teramat sangat hah kau. Dah kembang2 dah yen baca ni haha. Okay serius tak tipu. Dia lah orang yang selalu kejut aku pagi2 masa nak pegi kelas. Kalau aku tido lambat dan agak-agak takkan bangun pagi tu, dia lah orang yang aku harap akan kejut aku. Dan dia lah orang yang selalu akan bazirkan kredit untuk call orang-orang yang lambat naik bas, dan dia jugak merupakan orang yang akan memastikan orang dah naik bas ke belum. I'm proud of you. Kalau saya, saya tak tahu lah saya mampu ke tak nak buat semua tu yen. 

Masa sem 1, selalu lah lepak bilik dia main gitar segala. Sem 2 kurang sikit sebab masing-masing dah busy dgn kerja. Dia jugak orang yang aku senang nak kongsi masalah. Kadang-kadang kalau lepak bilik dia, mesti akan tercerita masalah hehe. Dan dan dia merupakan seorang yang suka think positive sampai dianugerahkan 'Positive Thinker' masa dinner hari tu. Wuuuuu congrats yenngg ! Tapi memang betul pun, apa-apa happen pun dia akan tetap pikir benda tu positively hehe. Yen ni jugak orang yang sangat rajinnnnnn. Dia lah yang sentiasa tawarkan diri dia kalau ada apa-apa.

Good luck for your future yen ! I wish you'll become a great psychiatrist :)


Next, mangsa kita seterusnya ialah Ainggg hahah. Nama diberi, NUR AIN NATASSYA BINTI MOHD NOR. Atau nama manja, Acha hehe. Asal dari Kuantan, Pahang. Ni lah antara manusia yang aku rapat masa mula-mula masuk sini. Ingat lagi peristiwa pertemuan kami di sini. Hahah agak kelakar. Baru habis orientasi kita dah plan pegi Mid Valley haha. Dan dengan itu pegilah kami bersama rakan yang lain. Sejak tu kitorg kenal dan rapat. Dan boleh pulak dapat tahu ktorg sekelas. So asyik berkepit dengan dia lah dalam kelas luar kelas. 

Ain ni boleh tahan kelakar dia. Sedikit sebanyak sense of humour aku bertambah sejak kenal dia ni. Dengan dia asyik gelak jelah kerjanya. Bila tengok gelagat dia, boleh hilang stress kejap. Kadang-kadang dia boleh jadi mysterious kejap haha. Nampak macam pendiam, tapi sebenarnya berani. Dan dia jugak lah orang yang species macam aku, nebes bila bak-bak presentation, kena speaking english semua haha. 

Tengok gaya memang kurang sikit feminine dia, nampak macam ganas je haha. Tapi still guna 'saya awak' bila orang lain dah tukar 'aku kau' hahaha. Baik orangnya. Kalau nak mintak tolong apa-apa, mintak je kat dia. Tapi dia ni kadang-kadang kuat tidur jugak hahah jangan marah aingg XDD Sem 1 boleh tahan tidur dalam kelas, sem 2 pun tak kurang hebat haha. Lagi-lagi kelas fizik. Aku ni cakap orang, sama je aku pun suka membuta dalam kelas haha.

Dulunya tak suka stay up, sekarang dia lah yang hari-hari stay up study. Biasalah budak hebat hehe :PP 

Okaylah ain. Saya tahu awak agak keliru sekarang sama ada nak amek medic ke tak. Tapi saya yakin awak boleh. Saya doakan awak diberi petunjuk bidang mana yang sesuai untuk awak dan semoga awak mencapai apa yang awak citakan. Aminn :)



Another chinese yang melengkapkan QOS ni ialah WOON LEE LEE. Dekat je dia datang dari Subang. Seorang yang agak kuat belajar. Dan suka sangat stay up kat kafe sampai tak tido. Ingatkan stay up masa exam, masa tak exam pun dia akan stay up kat kafe tu. Rasenya malam-malam bila kafe dah tutup, dia lah bos kat kafe tu haha. Kalau tengok dia belajar, serius tiba-tiba stress datang menjenguk kat kepala otak ni hahah. 

Tapi dia lah antara tempat rujukan aku bila tak paham sesuatu bila belajar. Dan lee lee merupakan orang yang sama-sama bernaung di bawah supervisor yang sama untuk research kami. So selalu lah tanya khabar research masing-masing.

Memang nampak lah usaha dia stay up study hard dia berhasil dengan result Sem 1 dia hari tu. Kalau dah hebat macam dia ni, confirm2 lah result pun hebat hehe. Satu weakness dia yang semua orang pun dah tahu rasenya, dia sangat-sangat-sangat penggeli. Bukan geli pada kotor tapi geli bila orang sentuh dia. Biasa orang geli kt beberapa part je. Dia geli satu badan haha lawak la bila ingat gelagat dia bila orang sentuh dia hahaha sorry lee2 :P 

Lee lee ni pun merupakan seorang blogger hihi. So boleh lah jugak rajin-rajinkan diri lawat blog dia ni ----> My Life and Everything About It

Alright lee lee, I wish you good luck. Saya harap awak berjaya dan dapat capai cita-cita awak nak jadi seorang pharmacist :)


Seterusnya, diperkenalkan ADIBAH BINTI HUSSIN. Antara wanita paling ayu kat kelas ni hehe. Seorang yang berasal daripada Melaka. Orang yang nampak tenang dan penyabar orangnya. Ni lah orang yang aku kenal sama macam kenal ain masa nak pegi Mid Valley hehe. Dia lah orang yang selalu jugak aku berkepit masa sem 1. Sem 2 dah tak rapat sangat disebabkan perbezaan kelas tapi tetap ber'hi-hi bye-bye' okay. 

Seorang yang agak rajin memasak bila kat bilik. Dialah tukang buat nasi goreng, murtabak maggi, segala-gala lah. Nampak je macam pemalu, tapi bila berhujah, boleh tergamam semua orang. Dan boleh tahan kuat selfie dia ni haha :PP

Diba jugak seorang muslimah yang selalu mengingatkan kami tentang batas-batas pergaulan kitorg. Terima kasih atas segala nasihat anda diba. Kalau lapang, datanglah johor. Bukan jauh sangat pun dengan melaka ye dak. 

Saya doakan awak berjaya dalam apa jua yang awak ceburi dan semoga awak menjadi seorang psychologist yang berjaya. Aminn :)




Next, AREEN NATASHA BINTI AZIZOL ROZAIMIE. Orang yang berasal dari Gombak. Agak mysterious dia ni haha. Suka menyendiri pada mulanya tapi dah lama-lama dia memang boleh dibawa berunding haha apa aku merepek ni. Okay-okay areen seorang yang sangat sukakan warna hitam sebab kebanyakan baju dia semua warna hitam. 

Dia seorang yang tak kisah orang nak cakap apa pasal dia. Dia akan buat sesuatu ikut suka dia je haha. Dan dia lah orang yang paling pantas siapkan kerja. So ape lagi mesti lah tiru dia kan haha. Dia lah manusia yang kerap balik rumah. Weekend je mesti balik. Yelah rumah dekat mestilah balik. 

Dia lah orang yang sangat minat bidang yang berkaitan genetic dan bercita-cita nak sambung dalam bidang tu. So areen, saya doakan awak berjaya dalam bidang yang diceburi dan menjadi seorang pakar dalam bidang genetic :)


Alright now we proceed with the guys in this class. So this is TAN ZE SONG. One of the genius students in ASASIpintar. Tan lah salah seorang lelaki chinese dalam kelas ni. Dia berasal dari Gemas, Negeri Sembilan

Saat mengenali diri tan, dia seorang yang sangat serius dan langsung tak boleh dibawa bergurau haha. Sekarang sense of humor tu dah sebati dah dalam diri tan ni. Serius dah pandai buat lawak sekarang, even semua orang pun dah pandai buat lawak sekarang haha. 

Tan selalu mengingatkan saya kepada classmate saya dulu yang sebijik macam tan, genius, mature, perfectionist and everything haha. Tan seorang yang sangat detail tentang sesuatu perkara. Sangat-sangat-sangat detail even sebesar kuman benda tu haha. Kalau bekerja dengan tan, semua benda dititikberatkan, dan the outcome will be great. 

Tapi tapi ada satu saya paling bangga masa kat asasi ni which is saya dapat kalahkan awak masa solar cooking hari tu. Yeahhh ! Hahaha :PP But I think you punya hebat, cuma kesilapan teknikal mungkin hihi. 

He is the only one guy in this class who want to be an engineer. Yeahh saya harap awak dapat capai cita-cita awak untuk menjadi seorang engineer. Good luck :)



Next, our Imam Muda Asyraf haha. Nama diberi, Ahmad Asyraf bin Nordin. Berasal daripada Kelantan. Yes of course pekat kecek kelate dia. First impression aku kat dia ni memang teruk gila hahaha. Aku benci gila kat dia ni sebab muka dia yang agak mintak pelempang haha. Tapi aku paham dah kenapa dia macam tu masa tu haha.

Sem 1, kurang sikit bercakap dengan dia ni dan tak rapat sangat. Dan aku ingat lagi, dia lah orang yang dulu beriya-iya kata nak jadi engineer, now dah tukar cita-cita nak jadi doktor pulok hahah. So rasenya start rapat bila masuk sem 2. Aku rase sejak sama supervisor sebab dia ni lah yang selalu dok tanye khabar research aku. Dan dia lah manusia yang buat aku stress sebab selalu ingatkan aku pasal research yg tak siap2 tu -.-

Dia pun boleh tahan perasan tahap dewa. Asyik perasan dia hensem ramai peminat. Yeah2 I admit it haha. Saje je ni nak sedapkan hati kau haha. So kalau bab-bab agama ni dia lah tempat rujukan. I think he is the one of the guy yg aku paling rapat kat sini. Selalu sangat aku kongsi masalah dengan dia dan dia pun rajin lah nak mendengarnya. Aku pun selalu lah jugak tadah telinga dengar cerita dia hahaha. Dan aku tak terpikir aku akan rapat dengan kau sampai macam ni bila ingat balik first impression aku tu dulu hahaha :'DD

Ni lah jugak manusia yang tak jemu-jemu bagi benda2 yang berkaitan bahasa kelantan suruh aku belajar haha. New experience jugak berkawan dengan orang kelantan ni. Biasanya dok terperap kat johor je haha. Dan hidung dia jugak lah yang selalu dibahankan kat whatsapp haha XD Nampak je dia macam ni, tapi layan korea tak hingat kau. Running man segala drama korean semua dia layan hahah.

So asyraf, aku doakan kau yang terbaik. Semoga kau berjaya dunia akhirat. Thanks atas segala nasihat dan selalu jadik listener yang bagus haha. 


Alright. This is MUHAMMAD HAZRIL BIN ABDUL RAHMAN RAJA. Berasal dari Puchong. First impression aku kat dia, aku ingat dia seorang yang lembut haha. Tapi pada hakikatnya tidak. Seorang lelaki sejati hahaha. 

Dia terkenal dengan perangai emo dia yang mengalahkan perempuan haha. Jangan marah hazril :PP Dan dia merupakan orang yang sangat clumsy -.- suka buat sesuatu tu macam kelam kabut haha. Tapi dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Dia merupakan ajk pengangkutan yang sangat tabah aku rase. Segala hal pasal bas semua orang carik dia. Kadang-kadang kesian tengok dia. Tapi serius kau dah jalankan tugas kau dengan sangat-sangat baik okay. Good job !

Bila dia dah ber'voice note' kat whatsapp, maka kena beware dengan volume henfon anda. Kuat beno jerit dia hahaha :PP Dia terkenal dengan baking dia. Seorang lelaki yang suka membuat segala jenis kek dan kuih. Boleh tahan sedap. So keep it up. Mana tau boleh bukak bakery ke nanti kan haha. Hazril, seorang yang juga terkenal dengan sikap caring nya yang mengalahkan mak bapak haha. Penyayang dan caring sangat sinonim dengan diri hazril. Sesuai lah tu nak jadik doktor.

Hazril, aku doakan kau berjaya dan sentiasa berada keadaan yang sejahtera. Aku berharap kau dapat menjadi seorang doktor yang disegani. Aminn :)


So, this is MUHAMMAD SYAZWAN BIN SHARANI. Berasal dari Sungai Petani, Kedah. First impression, sumpah nerd -.- hahaha. Serius senyap gila dia dalam kelas dulu. Dan benda yang paling terkejut ialah bila dia kat alam maya, dia punye sense of humor tu perghh. Terkejut den. Memang serius tak percaya tu dia. Come on la nerd2 pun tak kan layan pesbuk hahah.

Namun, ada lagi satu aku respect dengan dia ni ialah cara dia presentation gila hebat. Cara dia bercakap kat depan memang salute lah. Padanlah dapat Yayasan Khazanah hahah. Cara dia present memang ada gaya pensyarah. Memang sesuai lah kau nak jadi pensyarah wan.

Diam-diam dia, diam-diam ubi. Diam-diam ada bakat jadi pengarah dia ni haha. Dia lah pengarah filem creative project kitorg. Idea-idea dia memang bernas-bernas belaka. Semua jalan cerita dia yang rancang. Setelah lama mengenali dia, makin lama makin terserlah sense of humor dia sehingga terbawa-bawa ke alam realiti dah sekarang. Memang segala apa yang dia tulis kat alam maya, mesti buat org tergelak. Tak tau nak cakap apa.

Dan lagi satu perubahan besar dia kat sini ialah dia dah KURUS kateko hahah. Daebak lah ! Orang lain masuk sini gemuk, dia boleh kurus perghh. Dan dan ada lagi satu benda yang tak dijangka berlaku. Dia ni suka sangat melalak kat whatsapp. Kau ingat tu tempat karaoke? haha. Sampai penuh SD card aku dibuatnya. Nasib suara boleh tahan sedap. Sampai terserlah bakat menyanyi masa dinner hari tu. Ternganga semua lecturer hahaha.

Alright wan, aku doakan yang terbaik untuk kau, semoga berjaya dunia dan akhirat. Always keep whatsapp penuh dengan bebelan kau hahaha.



Okay. This is ZAID ZIKRI BIN JANTAN. Dia lah merangkap MPP di sini. Berasal dari Ipoh, Perak. Masa orientasi lagi dah nampak dah bakat kepimpinan dia since dia jadik penghulu masa orientasi dulu.

Kadang-kadang nampak si zaid ni macam ada 2 personaliti. Gila dan siuman hahaha. Dia seorang yang gila-gila. Suka sangat buat meme gambar-gambar orang. Aku dah bape kali jadi mangsa. Terima kasih zaid, terima kasih sangat hahaha. Dan kalau kat whatsapp tu 'voice note' dia lah paling tak siuman dengan suara tah apa2. Somehow nampak dia ada bakat buat job alih suara kartun hahah. 

Tapi bila tiba masa dia jadi serius, hmm hambek kau kalah ahli politik. Memang hebat berhujah. Gaya bercakap memang ada gaya perdana menteri. Dia seorang yang minat dalam bidang ekonomi dan sangat hebat dalam calculus. Minat gila kat matematik katanya. 

Zaid, aku doakan kau berjaya dalam apa jua bidang yang kau ceburi. Aku yakin kau akan jadi somebody suatu hari nanti. Good luck :)



So this is MUHAMMAD ARIF IZZANI BIN KAMARUL NIZAM. Berasal dari Cheras. Ni lagi satu makhluk genius kat asasi ni. First impression masa first masuk kelas, pikir dia ni mesti sombong nak mati. Tengok muka berlagak habis hahaha. Tapi actually tak pun. Okay je.

Tapi dia ni ada masalah dengan perasan jugak. Always think yang dia ni hensem and macho gila-gila hahaha. "Bapak arrr" always synonym with him. Dah jadik tagline dia rasenya sampai semua dah berjangkit guna ayat ni haha. Dan dia selalu buat orang rase annoying dengan kata-kata yang keluar dari mulut dia part2 belajar ni. Katanya tak belajar lagi, padahal dah khatam dah buku tu dia baca -.- auta je lebih. 

Dia lah manusia paling rajin aku pernah jumpa. Bab2 nak baca ni memang dia suka. Lagi-lagi biology. Hmm ibarat kacang goreng bagi dia bila nak hafal term2 bio tu -.- Bercita-cita nak jadi cardiologist katanya. Dari awal dulu aku dah nampak dah muka kau memang ada muka seorang doktor haha.

So aku doakan kau berjaya dunia akhirat dan semoga kau dapat capai cita-cita kau nak jadik cardiologist tu :)



Lastly, this is Syazwi. Nama diberi, MOHAMMAD SYAZWI BIN MOHD RAFAEE. Berasal dari Pulau Pinang. Ni lah orang perantaraan antara perempuan dan lelaki kelas kami pada mulanya. Dan dia lah gerangan yang memegang title 'Class Rep' untuk sem 1 hari tu.

Dia merupakan seorang yang pandai berkata-kata. Bila diberi tugas untuk bercakap kat depan, memang takde masalah bagi dia. Tanpa skrip, dia boleh dengan spontannya berhujah di hadapan orang ramai. Sangat respect kat dia. Kalau bab berdebat ni bagilah kat dia. Dia lah manusia yang suka berdebat even sekecik kuman je benda tu haha.

Dan dia jugak merupakan orang yang aku stalk masa main stalker game hari tu. Hambek kau sampai ke lubang cacing aku stalk kau hahaha. Syazwi, seorang lelaki yang perangai macam perempuan dari segi suka memasak dia, skill mengemas dia hahah. Kalau lelaki, bilik dia lah jadik dapur. Masak nasi goreng la, maggi dengan udang tak boleh bla dia tu hahaha. Gila korea dia pun boleh tahan jugak. Gaya penampilan dia makin lama dah rase macam kat korea dah cara pemakaian dia hahah. 

Alright Syazwi, aku akan doakan kau berjaya dunia akhirat. Dengar cerita kau nak amek psikologi. So I wish you good luck. Buat yang terbaik. Aku tau kau boleh. Chaiyokk ! :)


Oh ya ! Terlupa pulak lagi sorang ahli QOS yang jauh di perantauan sana iaitu NOR ILYANA BINTI ABD RAHMAN. Berasal dari Kedah. Dia merupakan keseimbangan kami di sini. Sebab bila dia takde jumlah lelaki dgn perempuan dah tak seimbang dah 7-6 hahaha jk XD

Walaupun dia dah keluar dari asasi ni, dia still rajin melawat kitorg kat ukm bila dia cuti. Terharu tau tak :') Dan segala benda yang dia post kat instagram tu mesti ada kena mengena dengan qos dan eximius. I know you miss us. I know what you feel. Thanks sebab masih ingat kami di sini. Kami kat sini akan sentiasa ingat yana okay.

Yana seorang yang agak comel di sini. Sebab segala benda yang dia buat mesti nampak comel. Nasib dia sempat berlakon dalam filem kitorg sebelum dia keluar hari tu hehe. Yana juga merupakan seorang blogger ya. So boleh lah lawat2 blog dia ni ---> The Memories in My Life~

So yana, good luck kat China sana. Belajar rajin-rajin. Nanti jadi cikgu yang comel okayy ;)

 -----------------------------------------------------

Jadi, ini lah sedikit sebanyak kisah aku dan QOS yang aku harap tiada penghujungnya kecuali kematian. Aku harap sangat yang persahabatan kami ini akan kekal hingga ke akhirnya. Sebab aku dah anggap mereka semua adalah sebahagian dari keluargaku. Orang yang selalu menceriakan hariku, memahami aku malah orang yang selalu menasihati aku. 

Terima kasih Ya Allah kerana engkau telah hadirkan mereka dalam hidupku. Kehadiran mereka sangat memberi makna dalam hidupku. Pertama kali aku mempunyai sahabat akrab seramai 14 orang yang sebelum ini mungkin hanya 4-5 orang. InsyaAllah aku takkan lupa kalian :')


Terima kasih Ya Allah :)

Great friends are hard to find, difficult to leave, impossible to forget.

Comments

assalamualaikum adik, lama tak dengar cerita, hopefully semuanya ok yer... all the best in your future undertakings...
IraAdila said…
@Farah Waheda Wahid Haha biasa la kak busy dgn study hari tu. Now cuti lama ni before proceed degree hihi. Btw thanks kak :)
huwaaaa huwaaa.. huwaaaaa.. naseb baik ingat jugak nak mention kat last tu. hahaha. terharuuuuuuu banyaaaaaaaaaakkkkk. huwaaaaaaaaaaaaa... semoga berjaya semuaaaaaaaaaaaa!!!!!!
This comment has been removed by the author.
WSYen said…
Ira, that is totally exaggerating! Tapi saya terima jelah *kembang kempis kembang kempis* Hahaha. And part tercerita masalah tu memang tepat lah! Haha. A very chocoberryberyberry nice post, macam tuan blog ni jugak. Thanks for your wishes Ira, good luck for your future too! Let's soar high up together! :D
IraAdila said…
@Ilyana Rahman Haha of course la ingat yana oii. Good luck kat sana ;)
IraAdila said…
@WSYen:) hahaha eleleleleeee XDD Thanks for everything yengg :')
Anonymous said…
Hai ira.tiba2 rasa nak search nama setiap classmate qos (we've done this before masa kat makmal komputer permata)..and..terjumpa blog chocoberry! So sy pun jumpa entry ni.so sweet of you.thanks for the compliments. And rinduuuuuu qos..haha mesti tertanya-tanya siapa yg komen..All the best ira!! ( nak post entry ni kat fb lah.haha ><
ini Diba :)
IraAdila said…
@Anonymous Dibaaaaaaaaaaaaaaa :'DD Rindu awakkkkk hahahaha. Rindu semuaaaa :'))
Unknown said…
Nak alih suara untuk Ultraman pulak lah lepas ni kbye haha
dairahida said…
How to find the cheapest titanium hammers in Las Vegas?
Find best deals on citizen titanium dive watch the cheapest titanium titanium ring hammers in Las Vegas on T.L. Price: titanium dioxide in food $3.99. (We titanium uses Price Match) titanium post earrings and discount more than 8% off at low price