Hari ni genap 12 hari habisnya asasi. Perkara yang tidak pernah ku sangka sebelum masuk ke sini iaitu mempunyai persahabatan yang akrab sedangkan tidak sampai setahun bersua muka, bergelak ketawa. Ni lah anugerah Allah yang sangat besar bagi aku bila diri ini didatangi sekumpulan pelajar yang cukup hebat dan datang daripada pelbagai negeri dan pelbagai jenis latar belakang keluarga. Banyak yang aku belajar dari mereka semua. Dan banyak perubahan berlaku dalam diri masing-masing sejak masuk ke sini. Pertemuan kami bermula di kelas 1 . *kalau tak silap -.-* Nampak di riak wajah masing-masing yang mahu menyesuaikan diri dengan suasana baru, dalam kelas baru, dengan rakan-rakan baru. Pada mulanya, AP101 ini dipenuhi dengan 16 orang. Namun selepas seminggu, hanya tinggal 14 orang yang masih setia mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar ASASIpintar . Quiet On Set (QOS) diberi nama semasa sesi penggambaran kami untuk subjek Jati Diri. Dan nama ini dicetuskan oleh salah...