Skip to main content

UKM-UNPAD Twinning Program

Assalamualaikum. 

Terlebih dahulu nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat. Salam kosong-kosong :)



Lama sangat tak update blog ni sejak habis asasi ni. Busy sangat. Dari kerja sampai dah berhenti kerja tak menyempat2 jugak nak update. Lepas satu-satu benda nak kena settle. Bulan puasa ni bulan yang agak busy dari awal puasa sampai dah masuk bulan syawal ni.

Rasa mcm bulan 7 ni panjang sangat. Panjang sangat nak diceritakan. Ok lah. Secara ringkas. Akhir bulan 6 start kerja, then awal bulan 7 dpt interview untuk Ijazah Perubatan UKM-UNPAD Twinning Program under tajaan MARA. 

Program ni sebenarnya program twinning antara malaysia dengan indonesia. Antara Universitas Padjadjaran, Bandung dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Actually takde mohon ape2 pun untuk program ni. Terkejut jugak masa dapat email panggil interview ni. Rupanya MARA dpt nama kitorg ni daripada UKM utk siapa yg apply medic UKM hari tu. 

Bad news nya, kitorg tak dapat untuk medic UKM ni :'( So that, yg selebihnya UKM bagi nama kat MARA. Then MARA panggil untuk interview program diorg ni. Dan benda ni sangat-sangat la desperate dan perlu disettle kan dlm masa yg singkat. 

Kalau nak tau hari Isnin (7 Julai) interview, hari jumaat (11 Julai) dah dapat result dia. Hmm.. bapak cepat kann ?? hahah. Pukul 12 tgh malam dah boleh check actually. 

Dan Alhamdulillah dapat tawaran ni :')

Actually yg dtg interview utk program ni hari tu lebih kurang 100 org. Then yg MARA nak cuma 50 orang je. Okay mmg tak expect la nak dpt kan. Tapi Alhamdulillah rezeki. Tak dapat medic ukm, dpt ni pun dah bersyukur dah. Actually ni pun medic UKM jugak hehe. Specialnya program ni kitorg akan dpt double degree la dari 2 universiti, UNPAD dan UKM :)

Tapi tapi... program ni lama gilaaaa :(( 6 tahun !! 3 tahun dekat bandung + 3 tahun ukm. Fuhh~ nak buat mcm mane. Kena lah berkorban masa sikit kalau nak berbakti kepada masyarakat. Eh Fatin Liyana pun dulu belajar program ni jugak haha ^.^

Program ni takde kena mengena dengan upu. Dia lain drpd upu. So actually ktorg ni ade peluang lagi nak dapat mane2 choice yg dah pilih masa upu hari tu. Tapi memandangkan ktorg dah terima tawaran MARA ni, kalau nak tolak balik kena bayar la balik kalau nak accept upu. 

Sebab result upu ni tak keluar lagi. So hari tu mmg kejap gila masa kena decide sama ade nak terima atau tolak tawaran MARA ni. Sebab ktorg akan fly ke Bandung 12 Ogos ni. Yes ! 12 Ogos 2014. Which is minggu depan ! Gila tak hectic nak kena settle kan semua benda dlm sebulan -.-' 


-------------------------------------------------------------

Lepas dapat tawaran hari tu. Dalam masa 3 hari ktorg kena buat passport. Dah lah kat johor hari jumaat cuti. Terpaksa tunggu hari ahad baru buat. Tu pun pagi2 buat dah tercongok depan pintu imegrese -.- Pintu belum bukak dah ramai beratur depan pintu. 

Minggu depannya hari selasa pulak dah kena pergi ukm untuk settle kan visa kat kedutaan indonesia. Stay kat Kolej Burhanuddin untuk beberapa hari then continue dengan kem MARA kat Sg. Chongkak, Hulu Langat utk 3 hari 2 malam. Then balik rumah, minggu depannya dah raya -.- 

Memang bulan ni settlekan benda alah ni jelah. Lagi bape hari nak raya, MARA email suruh isi borang2 perjanjian yg banyak gilaa tu in ONE WEEK. Yes one week -.- Dalam masa 7 hari kena pos balik kat MARA. Dah lah one week tu time raya okay. Pejabat tak bukak semua. Kena sah sana sini. Angkat sumpah. Penjamin. Mati setem. Medical check up. Dan alhamdulillah dapat lah jugak settle dalam seminggu :') 

Memang time nak raya hari tu, orang sibuk nganyam ketupat, aku sibuk nganyam kertas2 MARA ni -.- Lepas raya ni, sibuk prepare barang2 nak pergi Bandung pulak. Lagi seminggu je lagi aku nak berangkat ke sana. Macam2 perasaan ade.


--------------------------------------------------------------

Okay nak cerita pasal interview program ni. Sebenarnya dia ade 2 sesi. Ujian + interview. Biasa bace dekat blog yg ade experience pasal program ni, diorg kena amek dua2 sesi ni ujian dgn interview. Dan dengar macam2 lah pasal ujian dia tak boleh pakai kalkulator semua dan susah gila.

So this is from my experience pulak. Batch ktorg tahun ni takde interview sebab ktorg ni semua dah pergi interview untuk medic ukm. Kira interview ktorg hari tu dah lepas lah. But hari tu ade 2 orang yang belum pergi interview utk ukm lagi, so diorg kena la interview tu. Maybe diorg apply sbb anak staf ukm kot. Agaknya la. Wallahualam. 

Jadi ktorg just ade ujian jelah sebenarnya. Ujian ni fully under Universitas Padjadjaran tu. Mmg orang2 dia yang jaga exam tu. Dia ade 2 ujian. Ujian psikologi dengan ujian teori. Ujian psikologi ni macam biasa lah pasal personaliti diri kita. Sabor jelah jawab soalan dia. ade 500++ soalan dia. Macam nak muntah jawab -.- kena habiskan dlm masa sejam. 

Ujian teori ni yg mencabar. Soalan dia ade 100 kalau tak silap. Hahah kejap benor dah lupa -.-' soalan dia based on Biology, Physics, Chemistry, Math. Kena siapkan dalam masa 2 jam 30 minit kot. Haha ni pun aku tak ingat dah haihh. 

Basically, 4 subjek ni ape yg kita dah belajar masa spm, asasi/matrik la. Macam Math dia based on SPM punye silibus. Semua yg kau dah belajar, kena revise balik. Revise lah sikit2. Serius weyh, bayangkan lah dah bape bulan cuti, tup tup dalam seminggu kena revise balik semua subjek ni. Perhh nais laa --'

Mmg setiap tajuk masuk. Satu soalan satu tajuk. Tipsnya, revise la setiap tajuk tu sikit2. Ingat mane yg important. Dan dan.. bertuahnya kitorg tahun ni. Ktorang boleh guna kalkulator. Alhamdulillah bersyukur sangat2 ^^ Kalau tak memang takkan siap lah 100 soalan tu -.-

---------------------------------------------------------------

Alright. Wish me luck okay. Harap2 dapat adapt dgn persekitaran kat sana. Dan harap2 tak homesick :( Dulu kat ukm je. Sekarang lagi jauh, kat indonesia sana hmm. 

Alright ni jelah ringkasan cerita untuk bulan puasa yang penuh dengan moment2 yg tak dapat dilupakan.


p/s: Okay lepas dpt tawaran hari tu, hari jumaat tu terus berhenti kerja. Dan tak sampai sebulan kerja pun actually haha :'D

Comments

Lily said…
Fuh mcm cepat je settle semua (y) Next week dah pergi ke? Brp hb? All the best kat sana u guys :D
IraAdila said…
@~Woon~ kann cepat kann. Memang hectic gilaa. Minggu depan ktorg fly. 12hb. Thank you lee2. We'll miss youuu :'))
Lily said…
Tp hectic2 settle jugak semua kan serious daebak ♥ cepatnyaa korang pergi, baru tahu..jom gathering ngan qos eximius :') will miss u guys too, jgn lupa kitorang tau! :*
all da besttttttt! mmuah !!!!! :)
IraAdila said…
@Ilyana Rahman hihi thank you yanaaa muahhh :*
Anonymous said…
Akak, nak tanya. Pointer akak berapa ye sbb saya takut tak dpt :(
Unknown said…
Skrg ni still ada ka program macam ni..
Farmasi ada x macam ni
Serius best program akak
IraAdila said…
@muhamad amir aluwi: Sorry lambat reply. Hmm lepas je batch akak takde lagi junior baru. Tapi tak tahu la kalau tahun ni ade. Kalau farmasi kat UNPAD macam takde lagi program twinning mcm akak ni. Yg fully kat sana ada la.
Anonymous said…
Assalamualaikum akak. saya nak tanya. akak apply medic ukm tu akak lepas cgpa dia ke? saya tak lepas cgpa medic ukm, cgpa saya 3.78 tapi saya apply je medic ukm. tapi saya tak dapat pun lah iv. kalau mcm saya, tak lepas cgpa medic ukm & tak dapat iv medic ukm, saya boleh dapat ke offer dari mara tu utk ukm-unpad? sbb ukm-unpad punya minimum cgpa kan 3.5. mara tu biasiswa ke pinjaman? akak mmg tak payah bayar langsung ke? mg fully funded under mara? selain mara, biasiswa apa lagi yang ada untuk ukm-unpad sbb skrg ni yang saya tahu mara dah tak taja students untuk ukm-unpad.
N i n said…
Now UKM-UNPAD is back for 2017 😂. Seminggu study okay lah, I was suddenly been asked to be sending my application for one day before 5 pm and I got the message on 4 pm. And was included to attend the interview and the interview was the next day 😂😂😂😂 Studied for the whole night HAHAHAHAH. Alhamdulillah, diterima tawaran 😄

Tho, thank you for all the information, wish us luck for this batch! We will fly on 9 Sept 😂
IraAdila said…
@N i n: Yass finally after 3 years 😅 Congrats btw! Good luck kat sana. Jaga diri kat tempat orang huhu. If anything to ask, feel free to ask me through this blog or dm insta pun boleh 😊
Anonymous said…
Yes . UKM -UNPAD program again started with 2017 batch going to Bandung on 9.9.2017. But this time it is completely private program have to pah RM 310k to UKM . Till now no news of PTPTN . This happens to some one who get 4.0 CGPA in ASASI and 7A+,2A, 1B+ in SPM . No use of being on Vice Chancellor list student if at the end have to pay from own pocket. This program is no more supported by MARA. This happens with bumi students, God knows whats the use of MARA now if they cant support deserving students. Luckily have parental support to pay for 310K . But if this situation last long , children of poor malay families can not dream of becoming a doctor.
Anonymous said…
Salam, first skali, trima kasih atas info2 di atas. Saya nk tanya, ade x ape2 jenis kewangan/biasiswa yng akak/ kawan2 akak dpt yng saya boleh apply?
Anonymous said…
hai i wanna ask abt yuran...ada tak yg mohon biasiswa or pinjaman ...kalau ada pinjaman or biasiswa ape yg boleh dimohon?