Skip to main content

Cooking Project - We are AWESOME !

Assalamualaikum dan hai !

Semalam seharian aku bersama besties aku untuk our cooking project. Jyeahh !

Salah satu cara nak lupakan pasal hari Khamis ni. Haha. Ohh result spm -,-

Okay plan ni berpunca dari kuih fruit tart bam a.k.a syahirah hamdan merangkap cik joyah kebaboom. Haha okay cukup !

First plan - Kitorg bercadang nak belajar buat FRUIT TART dari mak bam kat rumah dia. Then tak jadi sebab mak dia kata dia pun belum berapa mahir.


Ni dia bam (yg pakai spec dengan varsity tu)


But kitorg still nak buat jugak tapi tukar nak buat kek. So kitorg teruskan dengan plan kedua.

Second plan - Plan nak buat KEK KUKUS COKLAT + CORNFLAKES MADU dekat rumah Mira. 

Dan sebenarnya banyak lagi kek yg kitorg nak buat. Mcm bluberry cheese cake ke. Kek yg ade topping mcm kek birthday ke. Tapi memandangkan kitorg hanya boleh spent 1 hari jeh, so keputusan muktamad buat kek kukus. 

Then, aku tetap tak puas hati sebab tak dapat buat dishes yg ada kaitan dengan blueberry. (Aku ni memang eager gila dengan blueberry. Haha.) So aku cadang dekat diorg buat blueberry crepe sebab aku ada ternampak resepi ni dekat internet.

Jadi apa lagi terus plan yg ketiga.

Third plan - Muktamad buat 2 jenis desert iaitu KEK KUKUS COKLAT + BLUEBERRY CREPE :)Hehe

Bincang punya bincang at last jadi jugak semalam. 

Sebelum tu ezzati elok2 dia kata boleh join tetiba dia kata tak boleh sebab sedara mara dia datang rumah, then dia kena masak. Kitorg pun macam ASDFGHJKL laa. Then dia cuba pujuk abah dia and finally dia dapat jugak join :) Hek -,-

Sebelum tu ni dia mira. Yang pakai baju pink tudung hitam ni.


Terima kasih bebanyak mira sebab bagi pinjam dapur kau. Haha. Sumpah best gilaa !

Jadi chef-chef hebat yang join semalam ada 6 orang. Aku, Bam, Mira, Farhanah, Ezzati dan Nabilah Jallal. Nabilah Jallal dia datang lambat sikit. Kek dah nak siap dia baru sampai. Haha. Actually dia dari kampung.

Alright ! Teruskan cerita.

Okay kitorg janji pukul 10. Dan biasalah janji melayu. Janji pukul 10 datang pukul 11. Haha. Aku tak ! Aku datang tak lambat sangat pun. 10 lebih sikit jekk. Haha. 

Semua dah selamat sampai rumah mira kecuali BAM ! Okay dia bangun lambat -,- Tu lah sape suruh kau tengok korea sampai pagi. Hahh padann ._. So dia suruh kitorg pergi ekonsep dulu. Nanti dia sampai situ.

JADI,

Kitorg mulakan aktiviti pertama. Beli barang-barang untuk buat desert kitorg. Memandangkan rumah mira ni dekat dengan Econsave. So senanglah hidup kitorg pergi beli dekat ekonsep tu. Jalan kaki okayy.

Nampak dekat. Tapi kitorg kena lalu jalan jauh sebab lalu jalan dekat tu banyak sangat kereta. Elak bergesel bontot dengan kereta jeh kalau lalu situ. So kitorg ambil langkah selamat. Hehe

Yang penting kitorg memang kena lintas jalan besar nak pergi ekonsep tu. Maka berlari-lari anak lah kitorg macam anak ayam. Haha

Sebelum tu, tengok dulu gambar cam whore kitorg sebelum pergi ekonsep. Hehe


Dalam kitorg berempat ni, ada 2 org ni hah belum pernah pergi ekonsep ni lagi. Ezzati dengan Farhanah. Okay jakun boleh tahan ezzati ni -,- Haha lawak gilaa bila ingat balik kejadian kat ekonsep. Macam vangang jekk.


Dan bam pun sampai beberapa minit lepas kitorg sampai. Jadi bershopping lah kitorg macam orang gila. Semua benda nak beli. Haha tamak sungguh.

So ini dia barang-barang yang kitorg beli. Abaikan handbag tepi tu. Handbag tu stanby jek kalau kot-kot tak cukup duit nak bayar, gadai jek beg tu. Kahkahkah. Handbag ezzati sebenarnya sebab dia yang sorong troli tu.

Nampak macam sikit barang yang kitorg beli. Last-last dah kira sampai RM70 ++ kau. Gila ahh ! Boros betul kitorg ni. 

Dan sebenarnya kalau kira-kira balik barang buat desert kitorg tu rasenya dalam RM 50 macam tu. Ni sebab banyak noh kitorg beli jajan. Melampau ! Beli macam kebulor sangat jeh. Entah apa-apa jeh beli. Dah reramai macam ni. Biasalah.

So ni gambar-gambar time kitorg tengah shopping ------------>
 
 
 Setelah selamat tiba di rumah mira. Kitorg tak terus buat sebenarnya. Kitorg lepak-lepak kejap semayang semua. Sebab kitorg dah capek banget jalan kaki balik shopping dengan bawak barang mengendeh-ngendeh. Haha. 

Lepas zohor dalam pukul 2 kitorg baru start projek kitorg. Dimulakan dengan buat kek kukus coklat tu. Then, baru buat yang blueberry crepe tu. Memang sangat penat. Maklumlah dah reramai dalam satu dapur. Macam-macam jenis karya terhasil. Lagi-lagi time tebar crepe tu. Hampeh -,- Macam-macam bentuk aku tengok. 

Dan akhirnya siap jugak Kek Kukus Coklat dan Blueberry Crepe versi Kami. Haha.




Memang agak serabai sebenarnya crepe tu sebab whipping cream tu buat hal. Tak menajadi. So kitorg kekurangan whipping cream. Jadi blueberry taklah gemok macam orang jual kat kedai tu. But still okay dan sedapp :) Dan perasan tak kitorg punya crepe sama tema kaler dengan Hari Wanita Sedunia semalam. Hah nampak tak permainan dia tu. Kahkah

Yang kek kukus coklat tu pun agak serabai topping coklatnya. Sebab semua dah kelam kabut mak bapak dah nak sampai semua nak bawak balik anak-anak dia balik. Dan coklat tu pun boleh pulak lambat sangat nak cair. So tu lah hasinya. Topping tak sampai 10 minit. Lenjan jeh semuanya. Asalkan sedapp. Heheh

Baiklah. Sekian sahaja cerita aku pasal semalam. Agak panjang entry ni -,- Confirm takde orang baca. Hah lantak kau.

Okay adios ~~



Lagi bape hari jeh lagi -,- Ya Allah. Permudahkanlah kami menghadapi hari yg bersejarah itu nanti Ya Allah. Bukakanlah hati kami untuk menerima segala qada' dan qadar mu Ya Allah. Aminnn.

Comments