Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: Bahaya Antara Cermin dan Kaca Dua Hala

December 28, 2011

Bahaya Antara Cermin dan Kaca Dua Hala

Perhatian, terutamanya bagi kaum wanita.
Jika anda abaikan, anda mungkin akan menjadi mangsa insan yang tidak bertanggunjawab ini.

Anda akan menjadi mangsa bila anda tidak sedari yang anda sedang dilihat samada di dalam bilik persalinan, tandas awam, hotel, dan dimana-mana jua.

Tahukan anda apa itu kaca dua hala? Kaca 2 hala adalah berbentuk fizikal seperti sebuah cermin sebenar yang akan memantulkan kembali apa yang bertentangan dengannya. Namun, beza antara keduanya adalah, kaca dua hala boleh dilihat dari sudut belakang kaca itu tanpa anda dapat melihat belakangya.

Apa maksudnya? Anda sedang dilihat tidak berpakaian atau berbogel, samada sedang mandi atau sedang menyalin pakaian di dalam kaca dua hala itu. Dan apa yang akan anda lakukan jika anda dirakamkan serta disebarkan rakaman itu ke seluruh dunia?

Dan lebih malang lagi bila anda berada dalam bilik hotel bersama pasangan anda. Semua aksi anda dirakamkan dan anda mungkin akan menjadi seorang bintang p**no terkenal. Mahukah begitu?


Berhati-hatilah anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menguji sendiri bilik persalinan, tandas awam atau hotel anda. Ianya mudah. Hanya dengan menggunakan satu jari sahaja.



Ini adalah cermin yang sebenar. Apabila anda letakkan jari anda seperti dalam gambar, hujung kuku anda akan kelihatan seperti masih ada ruang dan tidak dapat dirapatkan walau ditekan kuat.

Maka anda selamat, bagaimana pula dengan kaca dua hala?


Ini pula KACA DUA HALA. Apabila anda letakan jari, hujung kuku anda nampak bertemu dan tiada ruang antaranya. Maka, AWAS, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN.


Dan apa yang anda perlu ingat adalah, Jika tiada ruang, tinggalkan tempat itu.
NO GAP LEAVE PLACE.



Di copy and paste dari sumber ini. Memang aku tak edit langsung. Terima kasih daun keladi.

Photobucket

Terima kasih daun keladi :)

No comments: