Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: 02/01/2013 - 03/01/2013

February 13, 2013

Tutorial : Cara buat Popular Post Berwarna Warni

Haii everyone. Salam ~

Hari ni rasa tertarik nak buat tutorial. Dah lama tertarik nak cari cara nak buat popular post berkaler ni lepas tengok ramai blogger yg buat.

Lepas google sana sini, akhirnya jumpa. Macam ni lah popular post berkaler tu.



Mungkin ada yg dah tahu dan ada yang belum tahu trick nak buat benda ni. So hari ni eyra nak tunjukkan jugak. Heheh

Sangat mudah. Don't worry be happy.


Langkah-langkahnya:

1. Pergi ke TEMPLATE > EDIT HTML

2. Tandakan 'tick' pada EXPAND WIDGET

3. Cari kod  ]]>
(CTRL + F untuk mudah mencari)

4. Copy kod di bawah ini, dan letakkannya di atas kod ]]>
tadi.



#PopularPosts1 ul li a:hover{color:#fff;text-decoration:none} #PopularPosts1 ul li a {-webkit-text-size-adjust: auto; -webkit-text-stroke-width: 0px; color: #333333; display: block; font-family: Georgia, 'Times New Roman', Times, serif; font-size: 13px; font-style: normal; font-variant: normal; font-weight: normal; letter-spacing: normal; line-height: 18px; margin: 0px 40px 0px 0px; min-height: 30px; orphans: 2; padding: 0px; text-align: -webkit-auto; text-decoration: none !important; text-indent: 0px; text-transform: none; white-space: normal; widows: 2; word-spacing: 0px;} #PopularPosts1 ul li .item-thumbnail{float:left;border:0;margin-right:10px;background:transparent;padding:0;width:51px;height:51px} #PopularPosts1 ul li:first-child:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li + li:after, #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li + li + li:after{position:absolute;top:10px;right:5px;border-radius:50%;border:2px solid #ccc;background:#353535;-webkit-box-shadow:0px 0px 5px #000;-moz-box-shadow: 0px 0px 5px #000;width:30px;height:30px;line-height:1em;text-align:center;font-size:28px;color:#fff} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li {background:#DF01D7;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li:after{content:"8"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li +li{background:#B041FF;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li + li:after{content:"9"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li +li +li{background:#F52887;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li + li + li + li:after{content:"10"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li +li{background:#7ee3c7;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li:after{content:"6"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li +li{background:#f6993d;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li + li + li:after{content:"7"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li{background:#33c9f7;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li + li:after{content:"5"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li{background:#c7f25f;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li + li:after{content:"4"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li{background:#ffde4c;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li + li:after{content:"3"} #PopularPosts1 ul li:first-child + li{background:#ff764c; width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child + li:after{content:"2"} #PopularPosts1 ul li:first-child{background:#ff4c54 ;width:90%} #PopularPosts1 ul li:first-child:after{content:"1"} #PopularPosts1 ul{margin:0;padding:0px 0;list-style-type:none} #PopularPosts1 ul li{position:relative;margin:6px 0;border-radius:25px 0px 25px 0px;border:2px solid #f7f7f7;-webkit-box-shadow:3px 3px 3px #000;-moz-box-shadow: 3px 3px 3px #000;padding:10px}



5. Next, SAVE TEMPLATE.

6. Pergi ke LAYOUT > ADD GADGET (jika belum ada popular post )> POPULAR POST

7. Pilih 9 post atau beberapa yang anda suka. Jangan tandakan di bahagian tumbnail dan snippet

8. SAVE. Siaapp ! 





Sangat mudah bukan ? Jadi apa tunggu lagi. Cubalahh !




*Fully credit to : Azrul Azmi



Terima kasih daun keladi :)

February 11, 2013

New hobby ;)



Salam semua ~ *cehh macam tajuk lagu Aaron Aziz jeh

Fyi sekarang aku dah ada hobi baru. Hoho. Word search ?

JYEAHH ! Exactly !

Memandangkan otak aku ni dah terperap lama sangat sampai hampir 3 bulan, baik aku ambil inisiatif buat otak aku ni aktif balik macam time sekolah dulu.

Kalau time sekolah dulu, 24 jam dalam otak asyik pikir cara nak selesaikan soalan add math. Cari idea nak buat karangan and macam-macam lagi.

So sejak habis SPM hari tu hari-hari online siang malam pagi petang. Dah macam katak bawah tempurung dah. Hmmm -,-


Mana datang idea nak buat word search ni ?

Okay hari tu ada baca satu blog ni *tak ingat*
dia kata lepas SPM ni banyakkan buat sudoku or word search supaya otak kita ni bekerja.

Nanti dah masuk IPT ke nanti takde lah 'culture-shock' sangat. Culture-shock pon bolehh -,-

Otak dah lama tak bekerja, tup tup kena pikir macam-macam. Pasal asignment lah, presentation and what so ever.

So konklusinya, sediakan payung sebelum hujan. Kahkahkah


Kenapa aku tak pilih sudoku ?

Aku tak minat sudoku [FULLSTOP]

Aku okay jeh layan sudoku ni. Level yg senang-senang ni boleh lah. Bila tiba dekat level susah, hmmm memang bertahun lah aku selesaikan. Tak pun aku dah tertidur dah -,-

So tak nak lah yg mencabar sangat. Word search ni dah cukup mencabar dah untuk aku. Haha.

Tapi serius buat word search memang bagus lah untuk otak. Dapat praktis otak berfikir mencari perkataan-perkataan. Tapi kalau otak dah penat noh, tak nampak apa dah. Nampak katil jelah wey. Hahaha.




Sekian berita daripada saya, Ira Adila.
Kembali ke Sri Pentas.

Kahkahkah abaikan ~



Terima kasih daun keladi :)

February 9, 2013

CNY Advance

 
 *ihsan Google


 Happy Chinese New Year kepada kaum cina yg menyambut perayaan ini !









 *dekat rumah aku banyak dah limau macam tanam pokok limau kat belakang rumah.



Terima kasih daun keladi :)

February 7, 2013

Setia Hujung Nyawa Live Chat





Terima kasih daun keladi :)

LIVE CHAT Setia Hujung Nyawa Part II









Hari ni, 7 Feb 2013 ada Live Chat bersama pelakon Setia Hujung Nyawa untuk part kedua. 

Mari sama-sama live chat bersama Amar Asyraf (Zain Hakimi) & Nelydia Senrose (Ersalina Imani) pada pukul 5 petang ini.




 *Nantikan episod akhir Setia Hujung Nyawa hari ini. Apakah kesudahannya ?

Terima kasih daun keladi :)

February 6, 2013

Become a drifter ;)



Okay alhamdulillah finally dapat jugak lesen P aku ni setelah bertungkus lumus aku practice. Cehh tungkus lumus lah sangat. 2 kali jugak aku JPJ baru lepas. Haha

Lepas jeh habis SPM hari tu terus pergi kursus KPP 6 jam, 1 Dis 2012 hari tu. Yupp ! Aku amek kat niyor nun jauh di sana. Haha

Semua tanya, "Kenapa tak amek kat ngah ? Kan jauh niyor dengan rumah kau." 

Eh biarlah aku nak amek kat mana pun. Saje jeh nak bazirkan minyak kereta ayah aku hantar pergi sana. Haha

Sebenarnya aku pergi dengan jiran aku. Jiran aku tu dia ada sedara kat niyor sana. So senang sikit lah bila ada orang kenal. Cepat sikit lah kalau apa2. Biasa diorg pergi niyor under third party. Aku terus jeh pergi sana. Bayar murah sikit lah sebab tak kena bayar kat third party tu.


----------------------------------------------------------------------


So teruskan cerita. Lepas pergi kursus KPP tu. Sambung pulak dengan test komputer. Alhamdulillah lulus. Aku dapat 47/50. Segala hasil usaha aku berbaloi. Sehari semalam aku baca buku undang2. Haha


Tips aku untuk lulus test komputer ni : Baca jeh semua koleksi soalan sebab soalan jeh ulang benda yg sama jeh. Dan korang jugak boleh download soalan trial kat internat. Berlambak. Google jeh.


Next, aku sambung pergi ceramah 3 jam + amali 3 jam untuk amek L.

L dalam seminggu dah dapat dah. Lepas tu dah boleh buat latihan 9 jam. Then, buat Q.T.I.




QTI ? Apa tu ?


Okay QTI ni sebenarnya ujian kelayakan sebelum kita ambil JPJ. Kalau tak okay, dia tambah lagi latihan kita. QTI ni orang kat sekolah memandu yg akan test kita.




Genap sebulan kita punya L, kita dah boleh ambil JPJ dah. Macam aku L aku keluar 14/12/2012. So aku amek JPJ 16/1/2013.

Tapi sayang seribu kali sayang. Aku failed bukit. Hahaha. Sila gelakkan aku. Lolz. 
Kesilapan teknikal sebenarnya. Haha. Takde lah act aku terundur masa kat bukit sebab aku terlepaskan handbrake awal. 

Padahal pagi sebelum test tu aku dah practice dah dengan kereta tu. Okay jeh tak terundur. Tup tup time JPJ tu lah kau nak terundur. Sakit jeh hati -,- Terpesona sangat kot tengok pegawai JPJ tu. Haha


Nasib baik lepas tu jalan raya aku lulus. Tapi sumpah pegawai JPJ yg test aku tu garang gila. Sumpah saiko ! Dia punya bebel dari awal sampai akhir. Dia cakap tu salah, ni salah. Haihh padahal tu lah yg jurulatih tu ajar.



Dalam hati aku, "Hmmm confirm fail ni." ----> monolog dalaman aku.

At last sampai jeh kat sekolah memandu tu balik, dia bagi borang test tu kat aku and cakap "Nah lulus ! Lepas ni belajar sendiri." 


Okay foine ! Aku mati-mati ingat dah fail kottt. 

Agak malang jugak nasib aku hari tu. Dah lah fail bukit, dapat pegawai yg garang lagi. Kereta lain semua pegawai dia okay. Just suruh bawak dekat2 jeh. Aku kena bawak full macam latihan. Haihh takpelahh asalkan lulus. haha

Next weeknya 23/1/2013, aku repeat balik bukit. And finally lulus jugak bukit tu. Aku memang takde masalah dengan parking dengan 3 penjuru tu. Bukit jelah yg selalu buat hal -,-

Dan 29/1/2013 keluar lah lesen P aku tu. 

Sekian ~




*Panjang berjela cerita aku. Ada ke orang nak baca entry ni. Confirm takde. Kalau ada pun, memang orang tu tersangatlah baik hati nak baca. Haha ;)
*Ramai jugak bebudak ni yg tak lulus bukit. Ingat aku sorang jeh. Kehkeh.


Terima kasih daun keladi :)