Skip to main content

Voucher RM50 dari ZALORA :)



Assalamualaikum and haii !

Minggu lepas Ira dah pun dapat voucher RM50 daripada pihak ZALORA. Alahh ZALORA. Online shopping yang semakin popular sekarang ni. Kat tv pun ada iklannya. Mustahil lah tak pernah tengok kecuali jika anda duduk di bawah tempurung. Haha just kidding xDD

Bila dah dapat voucher tu memang rambang mata lah kan tak tau nak beli barang apa. Macam-macam benda yang zalora jual ni. Cakap je. Semua ada. Haha.

So Ira decide nak beli purse dan kasut. Lama dah pikir nak beli purse kat kedai. Tapi tak beli-beli. Dah alang-alang dapat voucher ni, apa lagi borong lah purse satu dan kasut flat sepasang.

Ira order hari Rabu minggu lepas dah nak dekat pukul 6 petang dah pun. Tup tup esok pagi dalam pukul 11 ada lori GDEX sampai. Wahaha terkejut jugak lah. Tak expect secepat ni. Ingatkan hari Jumaat dapat. Pantas sungguh perkhidmatan zalora ni :)

 photo 2013-04-18-111439.jpg

  Nak tau apa yang Ira beli ? Hehe ni hah kasut flat dengan purse kat bawah ni :)


 photo 2013-04-18-114334.jpg
 photo Untitled-1-1.jpg

Okay nak dijadikan cerita. Boleh pulak kasut yang Ira beli ni tak muat. Wahaha. Sebenarnya kasut ni memang tinggal saiz 36 jeh. Dan saiz kasut Ira sebenarnya 37. Haha xDD Memandangkan kasut tu cantik sangat. Memang dah tertawan hati nak beli jugak. So apalagi bedal jelah. Tup tup tak muat. Haha PADAN MUKA ! Yeahh ! HAHAHA *tumbuk muka sendiri*

Tapi nasib baik lah zalora menawarkan pemulangan secara percuma. So petang tu Ira pos kan balik kasut tu dekat pihak zalora menggunakan Pos Laju. Sangat mudah. 

Zalora dah pun menyediakan 'Return Slip' a.k.a borang pemulangan. Jadi Ira just isi benda tu dan pos dengan kasut-kasut tu sekali. Tapi kita kena dahulukan duit pos tu dulu ya. Zalora akan bayar balik dengan masukkan dalam store credit kita.

Hari Khamis petang Ira hantar balik. Hari Isnin Zalora emel bagi kupon store credit tu. Mungkin agak lambat sebab hari sabtu ahad tu kan cuti.

Dah pilih punya pilih. Hari Rabu lepas sampai sudah kasut yang baru dan saiz yang baru. Hehe.


 photo 2013-04-25-110530.jpg

 photo 2013-04-25-113427.jpg

So inilah kasutnya. Serik dah nak pilih saiz kecik. Hahaha. *gelakkan diri sendiri*

Alhamdulillah. Sepanjang pembelian Ira dengan Zalora takde apa-apa masalah rasanya. Lepas ni tak serik dah nak beli dengan zalora. Hehe

Jadi apa lagi tunggu ? Jom shopping dengan ZALORA. Sekarang ni dah ada baju RIZALMAN. Alahai pereka fesyen terkenal tu. So dah boleh dah bergaya dengan rekaan RIZALMAN.

Jom shopping sini ----------> http://www.zalora.com.my/

Nak voucher RM50 dari ZALORA jugak ? Jom baca sini. Mudah jeh. Anda pun boleh :)

Comments

Nurfara Hani said…
cantik kasut yang baru tuh.. berkilat2..
IraAdila said…
@Nurfara Hani Berkilat kann ? Boleh nampak gigi. Haha