Skip to main content

Holiday Travel

Take note: Harap maaf. Entry ni agak panjang. So sape yg malas nak baca, tak payah la baca.


Okay minggu lepas seminggu aku takde kat rumah. Pergi jalan rumah akak-akak aku. Tapi ayah aku tinggal dia kerja. So aku dengan mak aku jela.

Mula2 hari Isnin tu tolak pegi tangkak uma 2nd sister aku. Patu hari Rabu petang bertolak pergi kl pulak uma 1st sister aku a.k.a along. Aku naik bas jeh.

Busy sangat aku jaga anak sedara. Aku just update twitter jeh. Kat uma along aku baru dapat online. Sebab dia tak bawak laptop dia pergi kerja. So apa lagi geledah la laptop dia.


So dah alang2 ada kat kl. Apelagi pergi la Jom Heboh ! Aku dengan mak aku jeh. Along aku busy kursus kat klcc.

Pagi sebelum dia pergi klcc dia hantar kitorg kat stesen LRT sebab kalau nak hantar betul2 kat Bukit Jalil tu memang jam la ngok. Naik LRT lagi senang. Keluar LRT terus jumpa.

Best sangat ! Bila dah jumpa artis kat booth TV3 tu memang dah tak nak pergi mana2 dah. First kitorg pergi kat booth wanita. Masa tu org tak ramai lagi. Antara kat depan jugak la aku duduk.

Patu dia tanya kuiz. Ada satu kuiz tu dia tanya "Apakah tajuk sinetron pukul 2 ptg?"
Aku dengan pantasnya angkat la tangan, patu aku jawab "PUTRI YANG DITUKAR !"
Yeah mesti la betul. Dah kalau mak aku tengok cerita tu hari2. Mana aku tak hafal tajuk dia.

Aku dapat jawab dia bagi postcard WHI.

Sebenarnya aku boleh bergambar secara eksklusif dgn pengacara WHI. Tapi aku tak tunggu. Lama sangat =='

Kat booth Cereka ada pelakon Tentang Dhia. Ramai la retis. Ako Mustapha, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Liza Abdullah etc~





Lama gila kitorg kat booth tu. Patu pergi kat booth seberang tu. Booth Cereka. Aku nampak JOHAN AS'ARI ! Apa lagi berpusu2 aku meluru kat arah dia.

Walaupun ramai org aku boleh lagi la menyelit-nyelit kat celah org semata2 nak tengok Johan As'ari dekat2. Patu mak aku ajak beli air la pulak. Aku tak puas lagi nak tengok dia.

Kalau boleh nak amek gambar dengan dia. Tapi mak aku kacau daun la pulak.


So ada la beberapa gambar jehh aku sempat amek.



Then selepas penat diredakan, sambung balik perjalanan pergi tengok MELODI. Melodi start pukul 12.30, tapi belum pukul 12 lagi org ramai dah ready kat situ.

Semata2 nak dapat tempat depan apalagi cepat2 la aku berlari kat situ. *dasyat*




Habes melodi kitorg pergi makan then along aku dah sudah kursus pukul 2.30 dia amek.

Serious ! tak puas langsung. Dari pukul 9 - 2.30ptg. Sebelum pergi aku pikir lama sangat. Rupanya bila dah jalan2 tengok retis sekejap jeh.

Gambar selanjutnya tengok kat facebook aku ------> KLIK SINI


Photobucket

Comments