Skip to main content

Islam just a name ?

Assalamualaikum.


zaman sekarang ni dah macam zaman jahiliah. ramai sangat yg buat maksiat. kalau orang kristian takpe la, aku tak kesa. ni orang ISLAM okay. mana pegangan Islam nya? nama jeh Islam tapi tak pernah nak mengamalkan ajaran Islam.

tadi masa aku log in FB jap tadi, ade sorang akak ni suruh aku LIKE photo contest dia, "pencarian cover girl". so aku LIKE la sebab gambar dia smart, cantik dan model nye pun cun. patu aku saje tengok sume gambar yg dipertaruhkan kat contest tu. dan masa aku NEXT-NEXT gambar tu, ternampak ade satu gambar yg join contest tu.

adalah sorang makluk Allah yg jadi model gambar tu. aku tengok la nama penuh dia kat caption bawah. nama dia ade "BINTI", ISLAM rupanya. tapi baju dia, nauuzubillah !
bak kata mak aku, "pakai baju tak cukup kain"
Astagfirullahhalazim. patu adalah beberapa orang hamba Allah yg mengkritik gambar dia, yg cuba mempertahankan nama Islam.
"macam mana nak suruh vote. Islam ke ni? baik takyah pakai baju terus."
"Anugerah Allah pd seseorang bukanlah perkara mainan atau gurausenda.Sesetengah orang salah gunakan anugerah allah yg diberikan dengan mengadaikan dan melacurkan semua pemberian Allah kepada umatnya.
ASTAGA.. MENGUCAP LAH LA WAHAI ISLAM..
Insaf lah diri. jgn menjadi hamba pada DUIT..semata-mata menjadi perempuan simpanan cina"
antara kritikan yg dilemparkan. memang patut pun dia terima kritikan macam tu. biar dia sedar sikit. tak malu ke nama ade BINTI tapi pakai baju yg terdedah sana terdedah sini.

aku harap orang-orang macam ni cepat-cepat lah insaf. aku bukan nya baik sangat pun nak bahas banyak-banyak. tapi at least sebagai umat kita wajib tegur antara satu sama lain.
kita hendaklah mencegah kemungkaran dengan tiga cara iaitu mencegah dengan tangan, mencegah dengan lidah dan mencegah dengan hati.
cewahh! dah jadi ustazah pulak aku. patutlah mak aku suruh aku jadi ustazah. HAHA. ni sume ape yg aku dah belajar masa Form 2. so aku kena gunakan lah ilmu yg ada di dada ni. HAHA. tak bole bla ayat aku.

okay, renung-renungkanlah dan SELAMAT BERAMAL !

Photobucket

Comments