Skip to main content

I Miss You, Blogger. haha

Assalamualaikum.

ok rase macam dah lame gile tak update blog. haha. aku memang nak update memandangkan akak aku balik hari tu nak raye, terpaksa aku membatalkan niat aku yg murni ni. *tak ade kaitan mungkin?*

anak dia dah menakluki comp. aku la siod!
dia bukak youtube then sorang tgok power rangers dan sorang lagi tgok upin & ipin. kalau kejap takpe. lame gile! petang nak bukak guruh berserta kilat lak. kang tak pasal-pasal rosak lak aku nye comp.

so aku nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidiladha' walaupun dah terlambat. kire aku ucap jugak la. tahun ni along aku tak balik sbb laki dia tak dapat cuti. hoho. dia raye kat KL jela. kat rumah aku raye haji dgn raye puasa same jep. pagi raye mesti makan ketupat. bukan ketupat segera ok. anyam punye. haha.

tengah hari aku prgi tengok orang sembelih lembu kat depan rumah aku a.k.a surau. tahun ni 2 ekor jep. sekor putih sekor itam. yg itam tu agresif gile. dia tgok kawan dia kena sembelih dia dah nak lari dah. nasib baik tak terlepas. kalau terlepas aku la orang pertama yg lari. haha.


lepas raye haji ni confirm hari-hari makan daging. haha. tadi jep mak aku masak sup daging. hoho. memang sebulan ah aku makan daging. haha.

Sekian.

Comments