Skip to main content

New year. New life. New spirit.

Assalamualaikum :)

Hai I'm back ! Sekarang we all ASASIpintar tengah cuti mid sem seminggu bersamaan cuti CNY. Seperti biasa kerja kitorg memang banyak gila. Tak sah kalau takde kerja. Sekarang tengah busy buat pilot test untuk research. Hopefully everything went smooth. 

Banyak aktiviti2 yang kitorg dah handle start sem 2 ni. Hari tu baru jeh selesaikan program Sukan ASASIpintar (SUKAP). Gila best !! Kitorg kena lawan antara 2 kelas, AP102 and AP202. Dan pemenangnya tak lain dan tidak bukan kelas kitorg ! Go AP102 ! Tahniah everyone ! Kitorg menang 10/15 acara kalau tak silap. Hebat belaka diorg ni :'D Tahniah AJK2 yang uruskan semua ni. Memang terbaikk !


This is my classmates for Sem 2. AP102 rock !

So lepas exam mid sem minggu lepas, kitorg plan buat picnic batch which is EXIMIUS1314 kat Taman Botani Putrajaya. Serius agak kelam kabut sebelum tu. Macam-macam benda happen. 

Kitorg plan pegi naik van sewa dengan kereta sewa. Dah call semua cakap okay untuk van dengan kereta. Masa hari yg nak pegi tulah semua nak cancel. What the ?? -.-' geram jeh dengan orang-orang tu. Mula-mula van cancel. Dah petang masa nak pegi kereta sewa pulak tak datang. Tempah Exora. Last-last Viva 2 buah yg kitorg sewa. 

Ade banyak lagi peristiwa di sebalik semua tu. Tapi malas nak cerita. Biarlah ianya menjadikan pengajaran dan memori kitorg hahah :'D Agak kecewa jugak la ape yang dirancang tak berapa nak jadik. But maybe ade masa boleh gathering lagi. Takpe dinner akhir nanti ade. Just wait ~ heheh




 Ni gambar sekitar perkhelahan kami di Putrajaya :D I love them so much :*

Jadi, tu jelah aktiviti-aktiviti yang masih segar difikiran sekarang. Banyak lagi actually tapi malas dah nak menaip. So after this kitorg memang busy siapkan research kitorg. Now masa untuk kitorg collect data. Ade yang buat questionnaire, ade yang buat interview dan yang buat experiment pun ade. Hebat-hebat tajuk research diorg semua ni. Mereka sememangnya hebat ! Bangga dapat kenal dan berada dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang seluruh Malaysia :') 

Next kitorg busy buat program kepimpinan which is kitorg maybe akan buat program di rumah anak-anak yatim and banyak lagi aktiviti yang dalam perancangan. Harap semuanya berjalan lancar. 


Sekian update dari saya, pelajar ASASIpintar 2013/2014 :) hehe bye !

Comments