Assalamualaikum. Haii !!
Alright semalam Ira baru jeh selesai buat ujian saringan untuk program ASASIpintar UKM yang Ira ada cerita dalam entry ni hari tu.
So hari ni saje lah nak share pengalaman dengan sesiapa yang bakal ambil ujian ni untuk hari seterusnya.
Firstly, sebenarnya tak payah bawak apa2 sijil ape benda semua tu pun. Dia tak mintak pun semalam. Dia just mintak Mykad je pun. Penat jek bawak fail bagai semua. Haha
Datang2 je terus daftar dengan akak sorang ni dekat makmal komputer 1. Lepas je daftar terus naik makmal komputer 2. Terus buat ujian. Semalam pun Ira dah agak terlambat. Tapi ade je yang lagi lambat. Haha.
Kalau lambat pun takpe. Tapi mula lambat habis lambat lah. Dalam satu makmal tu boleh muat 20+ orang kot. Semalam guna 2 makmal. Atas dan bawah. Satu sesi tu memang tak ramai sangat pun. Sunyi jek kalau dah petang2.
Untuk soalan. Kita boleh pilih sama ada nak jawab dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
2 jam 30 minit. Dia ada 15 bahagian.
Contoh bahagian yg Ira ingat : Aritmatik, maklumat, lagi ape ek tak ingat tajuk bahagian dia. Yang penting ada soalan matematik yang mudah, pasal bahasa, pengetahuan am, dan ada banyak soalan pasal gambar.
Tu je kot rasenya pasal ujian ni. Oh ya ! Lagi satu ! Soalan ni ada yang objektif dan subjektif ya. So yang subjektif tu kena menaip lah ya. Dan ada lagi ! Anda tidak dibenarkan undur balik ke soalan sebelumnya. Pastikan betul2 yakin dengan jawapan anda, baru tekan seterusnya. Okay ?
Lastly, nak ucapkan good luck untuk korang semua. Semoga berjaya jawab setiap soalan tu ! :)
Good luck mendaki naik turun gunung nak cari pusat permata pintar tu. Hehe. Agak jauh ke dalam jugak lah masuk UKM tu.
Okay bye :)
Comments
awk ade siap 15bhg tak ?
dia akan hantar surat ke apa??
Takpe jangan risau kalau tak lepas ujian tu. Sebab dia takkan effect pilihan lain. Tapi make sure pilihan 2nd and 3rd awak bukan yg ade interview. Sebab yg ade interview biasanya dia nak awak letak as a first choice such as UM.