Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: Hala tuju ku ke mana ??

April 2, 2013

Hala tuju ku ke mana ??



Assalamualaikum. Hai !!

Okay. Sorry sebab blog ni agak menyepi untuk beberapa minggu. Haha. 

Busy isi borang scholarships. Bukak laptop hari-hari pun bukak scholarship je. Bukak blog pun just tengok entry2 terbaru blogger2 lain. Sempat jugak terjah blog mereka. Yang tak sempat nak update entry baru kat blog sendiri. Haha

So rasanya sekarang ni memang bebudak lepasan SPM semua memang tengah busy nak apply mana2 tempat. Kerajaan mahupun swasta. Dan sekarang ni lah semua tengah pecah kepala nak pilih course apa kann ?? Sama lah den ni hah. Haha

Eden tengah dalam dilema ni nak pilih sama ada Farmasi atau Perubatan -.-

Omy. Dari awal memang nak pilih farmasi tapi since dapat result ni, semua orang (termasuk mak, akak, pakcik makcik semua) mencadangkan eyra amek medic. Yelah, kalau org yg dapat straight A's ni kan mesti di sinonim kan dengan medic. 

Dah kalau semua nak jadik doktor, sape pulak nak jadik pesakit ?? Hmm -.-

15k ++ kot yang dapat straight A's ! Saingan agak kuat jugak kat situ.

Sebenarnya eyra tak minat sangat pun nak jadik doktor ni. Sebab .... eyra macam seram-seram sejuk tengok orang patah riuk semua ni. Haha. 

Tapi boleh jeh kalau nak cuba nasib. Tengok lah rezeki eyra kat mana. Kalau dapat, terima jelah. Mak I nak sangat tengok anak dia yang bongsu ni jadik doktor. Mana tau tecapai hasrat dia kann. Hehe

Sebenarnya, eyra ada 3 pilihan utama. 
1. Perubatan. 
2. Farmasi. 
3. Perakaunan

Disebabkan eyra ade asas akaun, why not eyra teruskan. Sebab kebanyakan scholarships tawarkan bidang2 yang sewaktu dengan perakaunan. So advantange lah untuk eyra. Sebab amek extra subjek hari tu. 

Lagipun memang eyra minat dan agak mahir jugaklah dalam akaun kat sekolah dulu. Boleh jeh kalau dapat course ni.

YANG PALING TAK MINAT is engineering. Yuppp ! Sebab eyra tak berapa nak minat fizik. Cehh tak minat tak minat aku fizik A+ jugak hari tu. Kahkahkah

Eyra rase engineering ni biag pi la bagi kat kaum adam. Haha. Otak mereka lebih berinovatif agaknya. Haha. Eyra tak pandai nak modified2 ni. Haha lulzz

Sebenarnya jadi DOKTOR ni pun takde dalam wishlist pun. And ni sebenarnya kerja yg eyra paling tak nak. Sebab macam klishe sangat jeh. Hahaha. *alasan tak munasabah ! -,-*

Pernah terpikir macam ni :

"Aku ni tak nak tak nak jadik doktor, last-last jadi doktor jugak kang."

Hmm nampaknya sekarang ni macam ke arah itu je. Ermmmm ...

But never mind. I'll try my best. Minat boleh dipupuk okay. Mana tahu dah belajar nanti eyra hard core gila nak jadik doktor kann. Hahaha

Jadi, kepada budak lepasan SPM 2012 a.k.a sebaya dengan eyra, Good luck ! Pilih course betul-betul ya. Ikut kemampuan dan pencapaian kita kay. Maklumlah, nak mohon apa-apa semua nak tengok result. 

Yang result tak berapa bagus tu pun. Sapa kata masa depan anda dah gelap. Ada banyak lagi peluang kat luar sana. Sekarang kerajaan mahupun swasta tawarkan pendidikan kemahiran. Entah-entah 10 tahun akan datang, anda lagi kaya daripada saya. Yelah, rezeki ada di mana-mana. Tinggal kita nak usahakan je.

Okay memandai je aku ni nasihat kan orang. Diri sendiri tengah dilema. Haihh -,-

Kbaii. Adios ~

Terima kasih daun keladi :)

2 comments:

Dianaa said... Reply To This Comment

kalau FD, FD lebih prefer farmasi. farmasi ni takde teruk rasanya. apa pun fikir elok2 ye ^^

eyra said... Reply To This Comment

@Dianaa Ermm tulah. Ingat nak amek farmasi jeh. Tapi tak tau lah. Hmmm -,-