Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Pengalaman buat Ujian Saringan ASASIpintar UKM

Assalamualaikum. Haii !! Alright semalam Ira baru jeh selesai buat ujian saringan untuk program ASASIpintar UKM yang Ira ada cerita dalam entry ni hari tu. So hari ni saje lah nak share pengalaman dengan sesiapa yang bakal ambil ujian ni untuk hari seterusnya. Firstly, sebenarnya tak payah bawak apa2 sijil ape benda semua tu pun. Dia tak mintak pun semalam. Dia just mintak Mykad je pun. Penat jek bawak fail bagai semua. Haha Datang2 je terus daftar dengan akak sorang ni dekat makmal komputer 1. Lepas je daftar terus naik makmal komputer 2. Terus buat ujian. Semalam pun Ira dah agak terlambat. Tapi ade je yang lagi lambat. Haha. Kalau lambat pun takpe. Tapi mula lambat habis lambat lah. Dalam satu makmal tu boleh muat 20+ orang kot. Semalam guna 2 makmal. Atas dan bawah. Satu sesi tu memang tak ramai sangat pun. Sunyi jek kalau dah petang2. Untuk soalan. Kita boleh pilih sama ada nak jawab dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris . 2 jam 30 minit . Dia a

Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2013/2014

Hari ni telah pun buka talian untuk semakan tawaran matrikulasi sesi 2013/2014. Kepada yang belum check lagi. Nah pergi sini --->   http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/check.cfm http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/no_lembaga.cfm So untuk result Ira. Yupp ! I got it ! Kat penang woii ! Jauh bebeno dia campak aku. Masa mohon takde pun mintak penang. Masa mohon hari tu mintak KMJ, KMS dgn KMM rasenya. Emmm apalah nasib. Tapi seriously memang ramai gila budak selatan dapat situ. I mean secara spesifiknya budak sekolah aku kebanyakan yg ambil aliran sains semua dapat situ. Memang buat reunion lah kat situ lepas ni. Dan one more thing rasenya tak semua yg pergi situ. Kami semua masih menunggu tawaran lain especially UPU. Yeahh ! Kira matrik ni pilihan terakhir lah. Wahaha. Harap-haraplah dapat upu. Hopefully for Asasi Pintar tu. Aminnn :))

Semakan Tawaran ke Tingkatan 6 sesi 2013/2014

 Hari ni 24 April 2013, telah dibuka untuk membuat semakan tawaran ke tingkatan 6 sesi 2013. Sila klik link ini untuk menyemak ----> http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/ Ira dah check and ira tak dapat pun. Diorang cakap kalau tak dapat ni mungkin dapat matrik. Oh yea ?? I think so. Salah satu lah kiranya. Okay. Esok keluar result untuk Matrikulasi pulak. Emm dapat mana entah -.-

Ujian saringan Program ASASIpintar UKM

Salam. Hai ! Okay minggu ni busy check keputusan temuduga untuk universiti yang kita mintak kat upu hari tu. Depends pada U yang kita mintak. Antara link kat bawah ni kalau nak check : >> Universiti Malaya (UM) >> Univertsiti Teknologi Mara (UiTM ) >> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) >> Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) >> POLITEKNIK (Jabatan Pengajian Politeknik, JPP)  Ira dah check dah UM. Tapi sayangnya tak dapat. Sebab Ira letak UM pilihan no.2. Tu sebab tak dapat kot. Sesiapa yg letak UM as pilihan pertama, berkemungkinan dapat dan berkemungkinan juga tak dapat. Tadi petang Ira dapat SMS dari pihak UKM. Dia cakap Ira terpilih untuk buat ujian saringan. Omy bersyukur gila. Alhamdulillah :D That's my first option actually. Bukak link dia terus print suratnya. Sekarang dah tak main dah postman2 bagai ni. Haha. Guna intern

Resepi : Durian Crepe

*credit to En. Google Hai ! Lama dah tak update blog ni. Hari ni nak share satu resepi yg agak popular sekarang ni iaitu Durian Crepe. Yeahh ! Ira dah 2 kali dah buat benda ni. First attempt tak menjadi. Uhukkss :'(( Second attempt alhamdulillah menjadi. Hehe. Serius sedappp ! Senang pulak tu. Cuma jangan salah beli whipping cream lah. Itu kesalahan yg pernah dibuat menyebabkan 1st attempt tak menjadi :( So jangan bercerita panjang. Straight to the point. Bahan-bahan yang diperlukan : 250g tepung gandum 100g tepung ubi 3 biji telur Garam secukup rasa 1 cawan santan *optional 100ml air 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu kecil pewarna kuning Isi durian *WAJIB Whipping cream    **Note : Untuk whipping cream, pastikan beli yg beku punya. Ira guna macam yg kat atas ni.   Untunglah orang kedai tu cakap guna yg ni. Kalau tak salah beli lagi -.- Cara-cara buat kulit crepe ni: **Boleh guna mixer ataupun blender pun boleh. Masukkan tepung gandum, tepung