Skip to main content

My SPM Result

Assalamualaikum :)

Seperti yang telah diketahui umum. Hari ni bersamaan 21 Mac 2013 merupakan hari yang bersejarah buat bekas-bekas calon SPM 2012. So, aku pun terlibat lah dalam ini cerita. Haha

Aku pukul 9 dah gerak dah. Cehh semangat gila. Haha tak lah. Aku pergi hantar mak aku fisio dulu. Then, 10.30 baru sampai sekolah. Sampai2 cikgu Rahina baru nak susun2 benda tu semua. *slip, majalah, pamplet, blablabla*

Hati semua dah berdebor-debor dah. And beratur kat kaunter kelas aku panjang okey. Lama pulak tu. *tak lama sangat pun sebenarnya -,-* 

Tengok bebudak depan aku semua dapat straight A. Gila tak cuak aku -,- Semua dah yeay sana sini. Aku still tak tau nak bayang hape.

Finally, tiba turn aku. *selepas selit sana selit sini. haha* 

Mase tunggu cikgu cari slip aku. Jantung aku macam nak meletop tahu !

Dan cikgu pun bagilah slip tu and cakap "Tahniah !"

Aku tengok jew. Hurmmmmm gilaa ahhh !!

Ni yg aku tengok ni 
|
|
|
|
|
|
 
  
STRAIGHT A'S KOT !! Serius terkesima aku kat situ. Yang paling mengejutkan, aku dapat 7A+ 3A. Takde A- kot. 

Ya Allah. Alhamdulillah sesangat. Speechless aku. Tak tau nak cakap ape depan cikgu. Terus cakap terima kasih. Then lari kat parents aku.

Depan parents aku mula lah aku berdrama.

Me: Mak ! Teruk lah mak !
Mak: Hah ?! Teruk ! Mane ??
Me: Tengok lah ni ! *tunjuk slip*
Mak : Mane ?? *mak aku blur2 lagi. Nak tengok mane -,-*
Me: *gelak* Tengok ni mak. Straight A !!
Mak: Hah ?!!

*terus berpelukan anak beranak ni :')*

HAHAHA hebat drama aku. Gila tak happy wey. Sape jeh tak happy dapat straight A kann. Tapi sayang lagi 3 je lagi nak perfect score. Tapi ni pun aku dah bersyukur dah. 

Memang target yg logik akal aku memang tak nak ade A-. Kalau boleh paling kurang A jew. Finally tercapai jugak hasrat aku. Terima kasih ya Allah kerana kau telah memakbulkan doa aku dan ibu bapa ku. Terima kasih sangat-sangat-sangaat :)


Aku happy sangat hari ni sebab aku dapat hadiahkan result ni kat parents aku. Ni lah azam aku paling besar tahun ni sebenarnya. Akhirnya, tercapai jugak azam aku. Alhamdulillah :)

Okay secara keseluruhan, sekolah aku ade 44 orang yang dapat straight A's dan hanya seorang perfect score, 10A+. Tahun ni memang meningkat. Alhamdulillah :)

Sekolah aku dapat anugerah lagi. Anugerah Lonjakan Saujana. Yelah nama pun SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN. Mestilah kena cemerlang pelajar-pelajar dia. Kehkehkeh.

Kelas aku 27 orang dapat straight A's daripada 39 orang. Congratulation guys ! We did it ! Tak sangka aku termasuk dalam 44 org tu. Hmm. Alhamdulillah :)

So sabtu ni ade Anugerah Cemerlang. Alhamdulillah. Memang ni yg aku mind set kan dari tahun lepas. "Pastikan tahun depan (2013) kau naik atas pentas dapatkan anugerah pelajar gemilang tu" 

Alhamdulillah tercapai :) Terima kasih Allah :)

Kepada yang kurang bernasib baik tu jangan lah sesedih sangat. Semua orang ade bahagian masing-masing. Allah dah tentukan semua ni. Mungkin bukan rezeki korang kat spm ni. Mana tau kat IPT nanti korang jadi pelajar cemerlang ke kann ? Who knows ?

So tetapkan pendirian korang. Sentiasa positif :)

Kbaii ~

Comments

Adib said…
Tahniahhhhh! Pandainya ^____^
IraAdila said…
Terima kasih banyak :) Bebiasa jekk. Hihi
Anonymous said…
http://sayatakpandaiberblog.blogspot.com/2013/03/review-pemenang-ga-by-shimin-part2.html