Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: New hobby ;)

February 11, 2013

New hobby ;)



Salam semua ~ *cehh macam tajuk lagu Aaron Aziz jeh

Fyi sekarang aku dah ada hobi baru. Hoho. Word search ?

JYEAHH ! Exactly !

Memandangkan otak aku ni dah terperap lama sangat sampai hampir 3 bulan, baik aku ambil inisiatif buat otak aku ni aktif balik macam time sekolah dulu.

Kalau time sekolah dulu, 24 jam dalam otak asyik pikir cara nak selesaikan soalan add math. Cari idea nak buat karangan and macam-macam lagi.

So sejak habis SPM hari tu hari-hari online siang malam pagi petang. Dah macam katak bawah tempurung dah. Hmmm -,-


Mana datang idea nak buat word search ni ?

Okay hari tu ada baca satu blog ni *tak ingat*
dia kata lepas SPM ni banyakkan buat sudoku or word search supaya otak kita ni bekerja.

Nanti dah masuk IPT ke nanti takde lah 'culture-shock' sangat. Culture-shock pon bolehh -,-

Otak dah lama tak bekerja, tup tup kena pikir macam-macam. Pasal asignment lah, presentation and what so ever.

So konklusinya, sediakan payung sebelum hujan. Kahkahkah


Kenapa aku tak pilih sudoku ?

Aku tak minat sudoku [FULLSTOP]

Aku okay jeh layan sudoku ni. Level yg senang-senang ni boleh lah. Bila tiba dekat level susah, hmmm memang bertahun lah aku selesaikan. Tak pun aku dah tertidur dah -,-

So tak nak lah yg mencabar sangat. Word search ni dah cukup mencabar dah untuk aku. Haha.

Tapi serius buat word search memang bagus lah untuk otak. Dapat praktis otak berfikir mencari perkataan-perkataan. Tapi kalau otak dah penat noh, tak nampak apa dah. Nampak katil jelah wey. Hahaha.




Sekian berita daripada saya, Ira Adila.
Kembali ke Sri Pentas.

Kahkahkah abaikan ~



Terima kasih daun keladi :)

No comments: