Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: Become a drifter ;)

February 6, 2013

Become a drifter ;)



Okay alhamdulillah finally dapat jugak lesen P aku ni setelah bertungkus lumus aku practice. Cehh tungkus lumus lah sangat. 2 kali jugak aku JPJ baru lepas. Haha

Lepas jeh habis SPM hari tu terus pergi kursus KPP 6 jam, 1 Dis 2012 hari tu. Yupp ! Aku amek kat niyor nun jauh di sana. Haha

Semua tanya, "Kenapa tak amek kat ngah ? Kan jauh niyor dengan rumah kau." 

Eh biarlah aku nak amek kat mana pun. Saje jeh nak bazirkan minyak kereta ayah aku hantar pergi sana. Haha

Sebenarnya aku pergi dengan jiran aku. Jiran aku tu dia ada sedara kat niyor sana. So senang sikit lah bila ada orang kenal. Cepat sikit lah kalau apa2. Biasa diorg pergi niyor under third party. Aku terus jeh pergi sana. Bayar murah sikit lah sebab tak kena bayar kat third party tu.


----------------------------------------------------------------------


So teruskan cerita. Lepas pergi kursus KPP tu. Sambung pulak dengan test komputer. Alhamdulillah lulus. Aku dapat 47/50. Segala hasil usaha aku berbaloi. Sehari semalam aku baca buku undang2. Haha


Tips aku untuk lulus test komputer ni : Baca jeh semua koleksi soalan sebab soalan jeh ulang benda yg sama jeh. Dan korang jugak boleh download soalan trial kat internat. Berlambak. Google jeh.


Next, aku sambung pergi ceramah 3 jam + amali 3 jam untuk amek L.

L dalam seminggu dah dapat dah. Lepas tu dah boleh buat latihan 9 jam. Then, buat Q.T.I.




QTI ? Apa tu ?


Okay QTI ni sebenarnya ujian kelayakan sebelum kita ambil JPJ. Kalau tak okay, dia tambah lagi latihan kita. QTI ni orang kat sekolah memandu yg akan test kita.




Genap sebulan kita punya L, kita dah boleh ambil JPJ dah. Macam aku L aku keluar 14/12/2012. So aku amek JPJ 16/1/2013.

Tapi sayang seribu kali sayang. Aku failed bukit. Hahaha. Sila gelakkan aku. Lolz. 
Kesilapan teknikal sebenarnya. Haha. Takde lah act aku terundur masa kat bukit sebab aku terlepaskan handbrake awal. 

Padahal pagi sebelum test tu aku dah practice dah dengan kereta tu. Okay jeh tak terundur. Tup tup time JPJ tu lah kau nak terundur. Sakit jeh hati -,- Terpesona sangat kot tengok pegawai JPJ tu. Haha


Nasib baik lepas tu jalan raya aku lulus. Tapi sumpah pegawai JPJ yg test aku tu garang gila. Sumpah saiko ! Dia punya bebel dari awal sampai akhir. Dia cakap tu salah, ni salah. Haihh padahal tu lah yg jurulatih tu ajar.



Dalam hati aku, "Hmmm confirm fail ni." ----> monolog dalaman aku.

At last sampai jeh kat sekolah memandu tu balik, dia bagi borang test tu kat aku and cakap "Nah lulus ! Lepas ni belajar sendiri." 


Okay foine ! Aku mati-mati ingat dah fail kottt. 

Agak malang jugak nasib aku hari tu. Dah lah fail bukit, dapat pegawai yg garang lagi. Kereta lain semua pegawai dia okay. Just suruh bawak dekat2 jeh. Aku kena bawak full macam latihan. Haihh takpelahh asalkan lulus. haha

Next weeknya 23/1/2013, aku repeat balik bukit. And finally lulus jugak bukit tu. Aku memang takde masalah dengan parking dengan 3 penjuru tu. Bukit jelah yg selalu buat hal -,-

Dan 29/1/2013 keluar lah lesen P aku tu. 

Sekian ~




*Panjang berjela cerita aku. Ada ke orang nak baca entry ni. Confirm takde. Kalau ada pun, memang orang tu tersangatlah baik hati nak baca. Haha ;)
*Ramai jugak bebudak ni yg tak lulus bukit. Ingat aku sorang jeh. Kehkeh.


Terima kasih daun keladi :)

No comments: