Skip to main content

UPU ;)



Sekarang budak lepasan SPM 2012 semua tengah busy pikir masak2 nak pilih IPTA yg diorg suka termasuklah aku. So aku dah selesai dah isi borang ni sbb selagi aku tak isi benda alah ni hari2 lah mak aku membebel suruh aku isi benda alah ni.

Masa isi benda alah ni korg dah takde nak pikir ikut kawan dah macam masa pilih kelas untuk naik form 4 dulu. Now just think about yourself. Just pilih jeh mana yg terbaik dan sesuai utk diri masing2.

So aku dah pun pilih IPTA yg aku impikan dan atas saranan family aku dah pun isi ke-lapan2 pilihan tu. Aku lenjan je pun yg pilihan bawah2 tu.

Tapi lepas keluar result nanti kalau aku rasa result aku macam tak memadai dengan IPTA yg aku mintak tu, aku akan tukar sesikit. Bak kata peribahasa, ukur baju di badan sendiri. *cehh dah lama tak buat karangan. Rindu cikgu Tursinaini !*

Dalam tengah orang lain sibuk isi UPU ni, ada jugak yg tak tahu apa tu UPU. Hmmmm -,- Bagus lah tu. Mesti tidur ni masa cikgu kaunseling bagi ceramah masa sekolah dulu.

UPU ni sebenar agensi yg akan menguruskan kemasukan kita ke IPTA. Kalau tak mohon benda ni, macam mana nak masuk U. Or else korg dah mohon IPTS dan korg yakin korg dpt IPTS tu kan.

So sesiapa yg belum beli no pin UPU ni pergi cepat BSN sana beli. Then korang boleh google UPU atau kalau korang memang malas tahap infiniti klik lah kat sini --> http://upu.mohe.gov.my/

Sekian update aku pasal UPU ni. Untuk maklumat lanjut anda disarankan menggunakan Google ya. Okay bertemu lagi dalam entry akan datang. Daaa~~



Comments