Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: High heels boleh bahayakan anda ?

May 30, 2012

High heels boleh bahayakan anda ?

 


 

Nampak elegant je kan bila tengok orang pakai heels ni. Aku pun pernah bercita-cita nak beli heels ni tapi belum kesampaian lagi. Bukan la macam kat atas tu. Itu melampau la sangat. Aku nak tunjukkan tapi tak jumpa pulak gambarnya kat googles.


So berbalik pada tajuk yg aku tulis kat atas tadi. Pakai kasut tumit tinggi ada side effectnya ? Ya ! Memang ada.










Antara kesan-kesannya :

1. Pakai high heels boleh jejaskan tulang belakang kita disebabkan posture badan yg tak stabil. Tulang belakang terjejas disebabkan perubahan satah tumit menyebabakan badan korang kehadapan more than usual.


2. Kematu. Lapisan kulit yg mengeras akibat geseran antara kasut dengan kaki itulah yg dinamakan kematu. 'Hammer toe' pula selalunya berlaku bila kita pakai high heels pada jangka masa yg panjang.

 

3. Kesan seterusnya ialah kasut tumit tinggi ini akan memberikan seluruh berat badan pada hujung jari kaki kita. Bayangkan, hanya hujung jari kaki kita je yg menampung berat badan kita yg >40kg

Oleh itu, semakin tinggi kasut yg kita pakai, semakin tinggi la daya yg dikenakan pada hujung jari kaki kita tu.

So rasanya drpd kita tanggung sakit pakai high heels, baiklah kita pakai flat shoes je macam kat bawah ni.

 


Credit to : Dinky wink myravea



Terima kasih daun keladi :)

No comments: