Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: Holiday Travel : Port Dickson

December 12, 2011

Holiday Travel : Port Dickson

Assalamualaikum

Okay aku belum puas lagi bercuti. So hari Sabtu hari tu gerak pergi Tangkak. Then semalam konvoi dengan akak aku pergi Port Dickson.

Dia yg ajak sebab dia ada kursus kat PD 3 hari. Ahad malam baru mula kursus. So pagi tu kitorg merayap pergi Telok Kemang.



Kat Telok Kemang apalagi mandi laut la. Anak sedara aku mandi tak nak naik. Elok2 kulit putih melepak dah jadi gelap dah. Berbelang badan dia.

Patu kitorg memang macam berpicnic betul la. Dengan masak BBQ nya, spaghetti, rendang daging and macam2 lagi.

Memang puas la aku berendam kat laut. Dengan aku aku sekali dah gelap dah ni.


Next destination balik apartment yg akak aku sewa. Kat Glory Beach Resort.

Petang kitorg celebrate birthday ke 3 tahun anak sedara aku ni, NUR ADRIANA QISTINA.



Birthday dia sebenarnya 18hb ni. Tapi saja akak aku nak sambut awal sementara semua dah ada.



Malamnya aku dengan parents aku balik. Sehari jeh kitorg pergi. Akak aku 3 hari la sebab dia ada kursus. Ayah aku kerja takde maknanya dia nak cuti.


Okay, tu la catatan ringkas aku untuk holiday travel aku semalam. Cehh ringkas ke ?



Note-to-self: Akhirnya terubat jugak keinginan aku nak ke pantai. HAHA



Photobucket

Terima kasih daun keladi :)

No comments: