Status Saya :
Doakan saya yang berada di negara orang ini :)
chocoRedBERRY: 12/01/2010 - 01/01/2011

December 30, 2010

AFF Suzuki Cup 2010

Assalamualaikum.

huhu. kepenatan aku menyokong Harimau Malaya akhirnya membuahkan hasil. HAHA. tu pun aku tengok perlawanan akhir jela. akhirnya berjaya menjadi Juara buat pertama kali. tahniah-tahniah. dan esok CUTI ! HAHA xD tak ade kena mengena dengan aku.

aku tengok kebanyakkan nya ramai minat kat Goal Keeper Malaysia, Khairul Fahmi. HAHA. mula-mula aku tengok dia, ingatkan cina. muka memang macam cina ah kan. tapi sekarang aku dah hafal dah nama-nama pemain malaysia ni. tengok muka dah tau nama dia sape. HAHA. kalau dulu aku tak pernah tau pun. yg aku tau Aidil Zafuan denagn Zaquan Adha. HAHA.

kay, chichau !


Photobucket

Terima kasih daun keladi :)

December 20, 2010

2nd birthday party

Assalamualaikum.

HELLO ! lama suda aku tak update blog ni. hari khamis hari tu aku pergi tangkak, rumah akak aku. semalam baru balik. so aku tak sempat nak update kat sane. aku sempat browser facebook n twitter guna fon jep.


Tuan Puteri

18 december hari tu ade birthday party tuan puteri. HAHA. bithday party anak buah aku, NUR ADRIANA QISTINA BINTI MUHAMMAD KHAIRUL NISAK. amacam ? semput tak sebut nama dia. HAHA. panjang gile nama dia. macam mana la nak nikah nanti. HEHEHOHO.

akak aku buat party kat KFC jep. nak buat kat rumah penat nak kemas. so dia buat kt kfc. sume org tu yg siapkan. kitorang datang cuci kaki jela. HAHA :D

dia memang suke buat mulut macam tu.


patu mase party tu ade mascot CHICKY datang. HAHA. ade budak kecik tu nangis takut dgn chicky tu. kesian. sampai chicky tu dah balik pun dia nangis lagi. HAHA. takut betul budak tu.


CHICKY

sekian story pasal birthday party tu. malas nak cerita panjang-panjang.


tadi aku on FB jap. mane ade penuh aku punye FB tab kat atas tu. penuh dgn warna merah yg kecik-kecik tu. HAHA. friend request la, meseg la, notification la, macam-macam la. so sekarang aku tengah upload gambar party tu. sape nak tengok sila KLIK SINI. tengok photo album aku ye !

chichau !


Photobucket

Terima kasih daun keladi :)

December 14, 2010

Islam just a name ?

Assalamualaikum.


zaman sekarang ni dah macam zaman jahiliah. ramai sangat yg buat maksiat. kalau orang kristian takpe la, aku tak kesa. ni orang ISLAM okay. mana pegangan Islam nya? nama jeh Islam tapi tak pernah nak mengamalkan ajaran Islam.

tadi masa aku log in FB jap tadi, ade sorang akak ni suruh aku LIKE photo contest dia, "pencarian cover girl". so aku LIKE la sebab gambar dia smart, cantik dan model nye pun cun. patu aku saje tengok sume gambar yg dipertaruhkan kat contest tu. dan masa aku NEXT-NEXT gambar tu, ternampak ade satu gambar yg join contest tu.

adalah sorang makluk Allah yg jadi model gambar tu. aku tengok la nama penuh dia kat caption bawah. nama dia ade "BINTI", ISLAM rupanya. tapi baju dia, nauuzubillah !
bak kata mak aku, "pakai baju tak cukup kain"
Astagfirullahhalazim. patu adalah beberapa orang hamba Allah yg mengkritik gambar dia, yg cuba mempertahankan nama Islam.
"macam mana nak suruh vote. Islam ke ni? baik takyah pakai baju terus."
"Anugerah Allah pd seseorang bukanlah perkara mainan atau gurausenda.Sesetengah orang salah gunakan anugerah allah yg diberikan dengan mengadaikan dan melacurkan semua pemberian Allah kepada umatnya.
ASTAGA.. MENGUCAP LAH LA WAHAI ISLAM..
Insaf lah diri. jgn menjadi hamba pada DUIT..semata-mata menjadi perempuan simpanan cina"
antara kritikan yg dilemparkan. memang patut pun dia terima kritikan macam tu. biar dia sedar sikit. tak malu ke nama ade BINTI tapi pakai baju yg terdedah sana terdedah sini.

aku harap orang-orang macam ni cepat-cepat lah insaf. aku bukan nya baik sangat pun nak bahas banyak-banyak. tapi at least sebagai umat kita wajib tegur antara satu sama lain.
kita hendaklah mencegah kemungkaran dengan tiga cara iaitu mencegah dengan tangan, mencegah dengan lidah dan mencegah dengan hati.
cewahh! dah jadi ustazah pulak aku. patutlah mak aku suruh aku jadi ustazah. HAHA. ni sume ape yg aku dah belajar masa Form 2. so aku kena gunakan lah ilmu yg ada di dada ni. HAHA. tak bole bla ayat aku.

okay, renung-renungkanlah dan SELAMAT BERAMAL !

Photobucket

Terima kasih daun keladi :)

December 12, 2010

Photography ?

Assalamualaikum.

*gambar ni aku curi kat Google*

photography? cakap pasal photography ni memang kebanyakan akan beranggapan,
"ala, gambar yang amek guna DSLR tu."
kalau macam tu sape yg nak buat photography kena beli DSLR lah ea?


sebenarnya aku rasa photography ni bole buat guna camera biasa kot. macam camera olympus kesayangan aku tu. menjadi jep aku buat. HAHA. tapi aku rase DSLR lebih berkualiti drpd camera biasa. yeah ! sebab DSLR act bole amek gambar motion dan aku rase ianya memang khas untuk photography.


*my official picture*

memang lah camera biasa ade mode motion. tapi tak sekualiti DSLR. sebab macam camera aku tu kalau nak capture kena tekan lame-lame. sampai lenguh tangan aku. so camera aku dah tak boleh nak capture gambar yg fast. lagi-lagi camera aku tu dah lame hidup. so dia punya button macam dah loose tau tak. tu yg aku bercita-cita nak tukar DSLR. HAHA. *baget-baget-baget*

kalau aku ade duit RM2000 memang dah lame aku rempit motor ayah aku pergi kedai beli DSLR. HAHA xD ni kalau aku nak dapat pun kena la pujuk sape-sape yg berkenaan belikan aku DSLR. HEHO.

tapi tak salahkan kalau aku nak beli DSLR? memang aku minat sebenarnya dalam bidang-bidang macam ni. aku pernah jugak terfikir nak teruskan minat aku in the future. tapi aku takut jugak kalau-kalau kerja bidang aku ni susah nak dapat kerja. kalau dapat pun mesti swasta. aku bercita-cita nak kerja bawah kerajaan sebenarnya. sebab mak aku kata kalau dah pencen nanti tak payah kerja lagi sebab setiap bulan kerajaan bagi kita duit sampai la kita mati.

penat jugak fikir pasal benda ni. sebab sekarang ni aku tak tau ape sebenarnya cita-cita aku. dulu kecik-kecik bangga bila cikgu tanya:
"cita-cita kamu nak jadi ape dah besar nanti?"
"cita-cita saya nak jadi DOKTOR cikgu."
HAHA. tapi sekarang buntu nak cari cita-cita. yang penting sekarang tahun depan aku still nak amek aliran sains.
mintak-mintak dapatlah. aminn.


okay, pupye !

Terima kasih daun keladi :)

December 10, 2010

Facebook New Look

Assalamualaikum.


facebook sekarang dah berwajah baru. tapi aku rasa wajah baru dia macam pelik sikit. aku tengok macam berserabut. sebab side kiri dia macam penuh sangat. then tiba-tiba jep menyemak gambar tagged of you tu kt atas sekali. kalau gambar yg tu buang, aku rasa lawa sikit kot. tapi still aku rasa wajah lama lagi best.



Terima kasih daun keladi :)

December 9, 2010

Share tips again

Assalamualaikum.

hari ini agak sejuk. duduk kat rumah dah takyah pasang kipas. sebab pagi-pagi jep dah hujan. memang rasa macam ada salji kat luar rumah. HAHA. rindu Australia siod ! rindu nak pegang salji kat sana. perh rase macam duduk kat dalam peti sejuk kalau musim sejuk kat sana. okay, dah-dah stop.

berbalik kepada title entry aku hari ni. hari ini aku blogwalking lagi. dan terbaca satu blog yg agak sengal. blog JOURNEY namanya. sesiapa yg nak dapat BUFFERED EARNING or nak naikkan TRAFFIC BLOG ke, sila KLIK SINI. memang 'bagus' sangat. sila-sila la usha ye.



Terima kasih daun keladi :)

December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum.

hari ni 7 december 2010 bersamaan 1 muharam 1432H. buku baru telah pun dibuka untuk mencatatkan amalan kita di tahun yg baru ini. buku lama biarakan ia pergi menjadi pengajaran buat kita.

so hari ni aku nak tengok Lagenda Budak Setan The Movie. baru habis download semalam. HOHO. kan download tu part by part kan. movie ni ade 7 part. semua part ade tapi part 3 takde. macam siod ! pandai-pandai la aku cari part 3 tu. benci betul !


Terima kasih daun keladi :)